У нас вы можете посмотреть бесплатно HAMZAH DALANG JATUHKAN YIDDIN? BERSATU MAHU PRESIDEN JADI PENGERUSI PN! или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) digesa agar segera menjalankan siasatan menyeluruh dan telus terhadap dakwaan penglibatan Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam tindakan terancang memperlekehkan kepimpinan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta mencemarkan imej parti. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Harrison Hassan berkata, tindakan dan tingkah laku segelintir pemimpin parti kebelakangan ini yang memperlihatkan unsur kritikan dan penghinaan terbuka terhadap kepimpinan parti adalah perbuatan biadab, tidak bertanggungjawab serta jelas mencabar disiplin dan kesetiaan dalam Bersatu. Menurut beliau, lebih membimbangkan apabila wujud dakwaan kuat Hamzah yang juga Timbalan Presiden Bersatu menjadi dalang di sebalik siri tindakan terancang yang bertujuan melemahkan kepimpinan presiden serta menghasut perpecahan dalaman parti. “Tindakan seperti ini bukan sahaja mencerminkan keangkuhan politik malah merupakan satu bentuk penderhakaan terbuka terhadap kepimpinan sah parti dan jelas bercanggah dengan Perlembagaan Bersatu,” katanya dalam kenyataan hari ini. ============================================================================== Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih kekal dengan pendirian hanya menerima calon Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dalam kalangan presiden parti anggota gabungan itu. Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, pendirian ini selaras dengan keputusan yang dibuat semasa Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada 12 Januari lalu. “Keputusan mesyuarat itu masih kekal, belum berubah, begitu juga keputusan-keputusan lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Semalam, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan mengesahkan hasrat untuk mengambil alih jawatan Pengerusi PN daripada Bersatu dengan persetujuan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tanpa sebarang syarat. Pengesahan ini sekali gus menamatkan spekulasi krisis kepimpinan gabungan itu yang akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN hujung bulan ini. Sementara itu, dalam kenyataan berbeza, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan parti itu sudah mempunyai calon yang akan dilantik sebagai Pengerusi PN. Sumber Berita 1. https://malaysiagazette.com/2026/02/0... Join this channel to get access to perks: / @oraitnopochannel