У нас вы можете посмотреть бесплатно Mafia Korporat: Yang Tersurat dan Tersirat, Cabaran Ekonomi Negara Akibat Perang Iran | YBM #40 или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Episod 40 malam ini padat, dan benang merahnya jelas: bila sistem tak dibetulkan, krisis akan datang satu demi satu. Kami mulakan dengan hal-hal “beria” yang nampak kecil tetapi sebenarnya mencerminkan budaya politik dan pentadbiran yang lebih besar — daripada kecelaruan politik semasa, perangai ahli politik yang suka mendahului proses, sampailah kepada budaya imbuhan dan keistimewaan yang tidak pernah benar-benar dibersihkan. Kemudian kami masuk kepada isu utama malam ini: dakwaan mafia korporat. Kenapa isu ini tidak akan padam begitu sahaja. Kenapa semakin sukar untuk menolak tuntutan RCI. Dan kenapa persoalan yang paling membimbangkan bukan lagi sekadar siapa yang disebut namanya, tetapi sejauh mana sistem penguatkuasaan, politik dan wang haram boleh bertembung dalam satu ekosistem yang sama. Kami juga bincang tentang isu membabitkan sentimen agama dan kaum, dan kenapa tindakan yang lambat dan tidak konsisten hanya menjadikan keadaan lebih sukar dipulihkan. Bila kerajaan gagal memimpin dari awal, suhu masyarakat akan ditentukan oleh mereka yang paling kuat bermain emosi. Akhir sekali, kami sentuh kekeliruan tentang perjanjian perdagangan Malaysia-AS. Sudah batal atau belum, apa yang sebenarnya berubah selepas keputusan mahkamah di Amerika Syarikat, dan kenapa perkara seperti ini tidak boleh diurus secara tergesa-gesa atau diumum seolah-olah semuanya sudah selesai. Kalau anda nak faham bagaimana isu-isu yang nampak berasingan ini sebenarnya bersambung kepada satu kelemahan sistem yang sama, episod ini memang untuk anda. 0:00 Intro 3:37 Servis Hantar Balik Kampung Door To Door 7:25 Tak Apply Pun Boleh Masuk 9:51 Meroyan Kena Tegur Suruh End Live TikTok 19:23 Effort Nak Score Political Point 25:20 Duit Raya Untuk MB? Chairman Untung Besar 35:27 Masih Zionist? Atau Tidak? 43:33 Mafia Korporat: Yang Tersurat Dan Tersirat 1:42:02 Pendakwah Lari Tuduhan Kekdl 2:00:10 Penjanjian ART Batal Ke Tak Batal? #YANGBERHENTIMENTERI #YBM #RAFIZIRAMLI