У нас вы можете посмотреть бесплатно Ucapan Anwar Ibrahim di Majlis Pelancaran Buku ISMAIL ZAIN. (08.04.25) или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Hadir ke acara bagi meraikan karya insan seni terkemuka negara yakni almarhum Ismail Zain dengan melancarkan sebuah manuksrip kesusasteraan negara yang amat bernilai yang bertajuk “Ismail Zain Intermediations: Selected Writings On Art and Aesthetics". Ia terjelma dari usaha pengumpulan selama 17 tahun iaitu dari tahun 1972 hingga 1989 dengan usahasama oleh pihak Fergana Art dan Balai Seni Negara. Saya difahamkan manuskrip dengan 332 muka surat ini terdiri dari 33 teks karya almarhum Ismail Zain. Pemeliharaan hasil karya seni visual dan penulisan berhubung karya almarhum Ismail Zain perlu dihargai sebagai salah satu karya agung untuk dipelihara dari generasi ini dan pada generasi seterusnya agar ia terus ditelaah dan dimanfaat masyarakat. Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Fergana Art di atas jemputan ini dan kepada pihak Balai Seni Negara sebagai tuan rumah serta kepada semua pihak yang menghasilkan pengumpulan karya iaitu T.K. Sabapathy, Eddin Khoo, Jaafar Ismail; dan penterjemah prinsipal iaitu Pauline Fan. Tidak dilupakan juga penghargaan setingginya kepada balu almarhum yakni Puan Wairah Marzuki serta anakanda beliau Kamalia Ismail yang turut hadir dalam acara pagi tadi. Saya juga telah mengambil kesempatan meluangkan masa melawat Pusat Repositari Konservasi Seni Negara di Balai Seni Negara ini yang dikenali sebagai Art Hospital yang menyimpan dan memulihara sebanyak 4,563 karya dari tahun 1958 hingga tahun 2024 termasuk karya-karya lukisan almarhum Ismail Zain. Saya mengikuti sebahagian karya lukisan Allahyarham Ismail Zain dan mengikuti sebahagian kecil penulisannya. Saya dapati naskhah “Ismail Zain Intermediations: Selected Writings On Art and Aesthetics” telah diterjemah dalam penulisan yang sangat elegan, mengagumkan dan berwawasan serta berlaku adil kepada karya asal. Kekuatan dan sumbangan seniman Ismail Zain tidak dimiliki oleh ramai pelukis dalam melakar penulisan dengan proses yang indah. Allahyarham bukan sahaja terkenal dengan penulisan dan lukisan yang hebat, malah turut berkhidmat sebagai seorang pengajar, pendidik serta pencetus idea yang mengiringi adunan di antara masyarakat tradisi dengan keperluan membawa perubahan iaitu dalam menerima kenyataan baharu dan moden. Saya melontarkan cabaran kepada Balai Seni Negara dalam memastikan karya seumpama ini menjadi seni yang berimpak yang boleh memberi pendedahan dan kefahaman kepada rakyat terbanyak untuk masa masa mendatang. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja