У нас вы можете посмотреть бесплатно Sanggar Singkalang SMK Bandar Bintangor - Rentak Pertujuh или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2023 Naib Johan Susunan Muzik Terbaik Koreografer: Wellingson Anak Kuling Penari Lelaki: Adrian Danel Anak Bakit Darazy Zachary Anak David Lesly Melvin Anak Robin Nickole Anak Ali Muhamad Assroy Bin Mohd. Taufiq Abit Penari Perempuan: Lilyana Anak Suliman Marylin Anak Jilan Sherrarossa Synclair Anak Stevie Marsha Shinta Anak Aolia Florence Shanthiea Anak Marina Tajuk Tarian: Rentak Pertujuh Sinopsis Rentak Pertujuh yang membawa maksud rasa rindu berpanjangan merupakan sebuah tarian rampaian tradisional hasil gabungan di antara tarian Asli dan tarian Zapin Pat Lipat. Tarian asli ialah kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu. Pada kebiasaannya, tarian ini ditarikan secara berpasangan dan juga berkumpulan dengan gerakan yang penuh bersopan santun. Posisi tangan Lenggang Berjuntai dan posisi kaki Langkah Berjuntai adalah gerakan yang menjadi identiti dalam tarian Asli. Antara ragam biasa dalam tarian Asli ialah ragam setempat, maju undur, empat penjuru, petik bunga, petik bunga kaki berganda dan beberapa lagi yang lainnya.Zapin Pat Lipat pula merupakan sejenis zapin yang mula diperkenalkan di Parit Bugis, Muar, Johor dan kini telah berkembang hingga ke Parit Yusof Darat (Mukim Sungai Balang). Pada asalnya, zapin ini ditarikan oleh golongan imam selepas tamat bacaan tahlil, tetapi kini zapin ini ditarikan secara berpasangan dan berkumpulan. Zapin ini mempunyai empat ragam yang bermula dengan kiraan satu hingga lapan dan diakhiri dengan kaki dipacak. Kedua-dua tarian Asli dan tarian Zapin Pat Lipat ini sering dipersembahkan semasa perayaan, keramaian, majlis perkahwinan, persembahan kebudayaan dan juga pertandingan. Berbaju Kebaya Kerongsang Tiga Sanggul Lebah Tergantung Rapi Langkah Ratna Tinggi Santunnya Tari Asli Penambat Hati Berbaju Melayu Butangnya Lima Bersamping Songket Penambah Seri Gagah Arjuna Memikat Sukma Zapin Pat Lipat Jatmika Ditari Ujana Kesuma Saksi Setia Wasilah Kama Atma Berdua Aksa Dimata Walang Renjana Rentak Pertujuh Pada Puspita