У нас вы можете посмотреть бесплатно CAMPING EP4: KZ FANI, MERSING DI JOHOR или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rentetan perjalanan balik Melaka dari Kangar, Perlis yang melalui pantai timur Semenanjung Malaysia. Sebelum ini, point pertama kami adalah di Lata Kashmir, Jeli ( • CAMPING EP3: LATA KASHMIR DI JELI, KELANTAN ). Kemudian, kami berhenti di point ke-2, iaitu di TWCampstay di Kuala Terengganu. Camping di TWCampstay tiada dibuat video disebabkan semasa camping, tiada video diambil kerena lewat sampai ke campsite dan check-out seawal subuh. Review kami mengenai campsite ini ada dalam Google Map (https://maps.app.goo.gl/AFBsnjVwtiCtF.... Perjalanan kali ini bermula makan di Nasi Dagang Atas Tol - Padang Negara. Orang kata, tak sah kalau datang ke Terengganu, wajib makan makanan popular orang Terengganu ini. Kemudian, bermulalah perjalanan yang amat jauh ke Mersing, Johor iaitu kira-kira 6 jam melalui jalan pantai. Kami sering berhenti-henti bagi mencuci mata kawasan tepi pantai yang menarik. Pantai pertama yang kami berhenti ialah Pantai Kemasik. Kemudian, Pantai Cherating. Tapi, kami tidak turun. Akhirnya, kami singgah di Pantai Balok, Kuantan, Pahang sebelum kami terus ke Mersing. Sampai ke KZ Fani juga sudah lewat. Seperti di TWCampstay, tak banyak video yang kami ambil. Banyak video dan gambar yang diambil melalui telefon untuk simpanan kami sahaja. Campsite ini sebenarnya baru dibuka. Suasana campsite sangat cantik dengan tent didiri dibawah pokok pine dan berhadapan dengan pantai/laut. Bilik air dan tandas masih baru lagi dan bersih, cuma orang rumah saya tidak mencukupi apabila waktu puncak dan pengunjung ramai. Surau atau dewan, tiada lagi. Plugpoint pun ada bg setiap tapak. Harga tapak bergantung pada kedudukan berdekatan dengan laut. Bagi sea view, RM70 (tapak) dan RM10 (plugpoint) semalam.