У нас вы можете посмотреть бесплатно Gerak Khas 2.0 papar kerjasama Bukit Aman, IPK Sarawak selesaikan kes jenayah или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
KUALA LUMPUR, 31 Dis: Kepesatan teknologi digital yang turut membuka ruang kepada pelbagai bentuk jenayah siber menjadi antara isu yang akan ditonjolkan dalam drama bersiri kepolisan Gerak Khas 2.0. Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam berkata, siri terbaharu itu akan mengangkat isu-isu jenayah semasa yang semakin kompleks dan canggih, termasuk penipuan dalam talian, buli siber serta jenayah melibatkan kecerdasan buatan (AI). Pada masa sama kata beliau, ia turut menonjolkan sekali gus mencerminkan cabaran semasa yang dihadapi pihak berkuasa. “(Sebenarnya) Gerak Khas 2.0 merupakan satu siri baharu hasil kerjasama dengan TV Sarawak (TVS) yang akan diperkasakan dengan elemen dan pendekatan semasa. “Siri ini akan mengangkat isu jenayah semasa seperti penipuan, buli, pembunuhan serta jenayah berkaitan teknologi, media sosial dan kecerdasan buatan (AI), termasuk penyamaran wajah dan suara. “Isu-isu ini dipaparkan sebagai satu pengajaran dan peringatan kepada masyarakat agar lebih berhati-hati kerana jenayah kini semakin canggih selari dengan perkembangan teknologi,” katanya. Beliau berkata demikian dalam temu bual eksklusif bersama TVS, di sini, hari ini. Yusof turut memaklumkan, penggambaran Gerak Khas 2.0 dijadualkan berlangsung di Kuching, Sarawak, selain lokasi sekitar Kuala Lumpur, Klang, Bukit Aman dan studio. “Daripada keseluruhan 26 episod, kira-kira 30 peratus penggambaran melibatkan babak di Sarawak yang akan menampilkan visual berlatar belakang negeri tersebut,” jelasnya. Sementara itu, pengarah, Kumaresan Chinnaya berkata, antara keutamaan produksi kali ini ialah memastikan aspek realisme dan fakta kepolisan terus dipelihara, khususnya dalam memaparkan dialog serta prosedur sebenar pasukan polis. Menurut beliau, siri itu akan menampilkan kerjasama antara Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Polis Sarawak dalam menyelesaikan kes. “(Ini) bagi memberi gambaran jelas kepada penonton tentang fungsi dan hubungan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam penguatkuasaan undang-undang. “Walaupun terdapat elemen dramatik, kami tidak boleh lari daripada fakta sebenar. Sebab itu setiap perincian dirujuk dan dibincangkan bersama pihak polis agar gambaran realiti dapat dipaparkan dengan tepat,” jelasnya. Kumaresan turut menyifatkan sambutan terhadap Gerak Khas di Sarawak sebagai sesuatu yang membanggakan, memandangkan siri tersebut sudah lama sebati dengan penonton di seluruh negara. “Sambutan terhadap Gerak Khas di Sarawak sangat membanggakan. Bila sebut Gerak Khas, penonton sudah faham. Ia membuktikan siri ini masih relevan dan dekat di hati rakyat,” tambahnya. – TVS