У нас вы можете посмотреть бесплатно Imigresen gempur semula 'rumah merah' Jalan Petaling или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Kegiatan persundalan 'rumah merah' di Jalan Petaling, di ibu negara terus bernyawa walaupun baru sahaja diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak sampai dua bulan lalu. Kegiatan itu terbongkar apabila sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Penguatkuasaan JIM Kuala Lumpur sekali lagi menggempur rumah maksiat itu pada 8 malam tadi, 21 Januari. Wartawan menyertai serbuan Ops Gegar bersama-sama 15 pegawai JIM Kuala Lumpur menyerbu tiga premis kedai yang dilengkapi dua lapisan pintu besi bagi menyukarkan tugas pihak berkuasa. Di sebalik lebih 30 ruangan kecil berdindingkan papan nipis dan berbau busuk serta hanyir malah keadaan bilik yang 'berdaki' tidak menghalang keinginan mereka untuk melakukan perbuatan terkutuk. Difahamkan, mereka menawarkan perkhidmatan seksual pada harga serendah RM60 sehingga mencecah RM250 berdasarkan pengakuan wanita warga asing terbabit. Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, seramai 19 individu ditahan dalam serbuan itu membabitkan 11 wanita dan lima lelaki warga asing serta tiga lelaki tempatan. Disember lalu Harian Metro melaporkan kawasan tumpuan ikonik ibu kota itu menyimpan 'sisi' hitam apabila menjadi 'sarang' kegiatan pelacuran yang bergerak secara tersembunyi namun tersusun. ----- #HMETRO #METROTV ▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my