У нас вы можете посмотреть бесплатно Viral! Kini! 12 suspek gaduh di Miri diberkas polis или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
12 suspek gaduh di Miri diberkas polis MIRI : Seramai 12 individu yang disyaki terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Miri pada awal pagi Ahad lalu telah diberkas polis untuk membantu siasatan lanjut. Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini mengesahkan tangkapan ke atas kesemua suspek terbabit. Terdahulu katanya, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Miri kebetulan melakukan rondaan di kawasan berkenaan apabila ternampak satu kekecohan berlaku di sebuah pusat hiburan di situ. "Anggota polis terbabit kemudian bertindak pantas meleraikan pergaduhan itu. "Berikutan itu, seramai 12 lelaki warga tempatan berusia antara 19 dan 33 tahun telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan tersebut," katanya. Menurut Alexson, semasa tangkapan dilakukan polis turut merampas beberapa kerusi yang digunakan sebagai senjata serangan dalam insiden tersebut. "Kesemua suspek yang ditangkap disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana kesalahan memiliki senjata dalam rusuhan. "Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," ujar beliau lanjut. Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut kerana ia boleh mengganggu siasatan polis. Katanya, mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan pergaduhan itu diminta tampil ke balai polis berdekatan untuk menyalurkan maklumat. Utusan Borneo Online