У нас вы можете посмотреть бесплатно MUZIK TARIAN TRADISIONAL SABAH | SUMAYAU | ETNIK DUSUN LOTUD | KADAZANDUSUN | TUARAN или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Tarian Sumayau atau dikenali sebagai Madsayau, ialah tarian asli suku kaum Dusun Lotud dari daerah Tuaran. Ia biasanya dipersembahkan semasa Upacara “Rumaha” (memuja tengkorak kepala) dan “Magahau” (memuja semangat Tajau). Persembahan akan diketuai oleh wanita berketurunan Monolian yang lanjut usianya serta berpengetahuan tentang upacara-upacara tertentu. Upacara Magahau diadakan secara besar-besaran dan mengambil masa sehingga lima hari, lima malam. Tujuannya adalah untuk menghormati dan memuja “Gusi-Gusi” (tempayan besar). Di samping itu, upacara sedemikian juga adalah untuk memperingati keluarga yang telah meninggal dunia. Tarian ini selalunya dipersembahkan lebih daripada 8 orang pasangan yang berpakaian serba hitam lengan panjang dan selendang yang panjang mengelilingi leher. Penari perempuan pula memakai bulu burung di bahagian kepala yang digabung jalinkan sementara penari lelaki memakai “sigar”. Penari perempuan akan menggerakkan tapak kaki mereka dengan perlahan , sementara penari lelaki berdiri dan menggoncangkan “giring” atau loceng kecil yang dilekatkan pada pakaian mereka.