У нас вы можете посмотреть бесплатно Air musta'mal : Pendapat Imam Syafi'e yang ganjil berbanding imam-imam yang lain или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
"Air musta'mal : Pendapat Imam Syafi'e yang ganjil berbanding imam-imam yang lain" disampaikan oleh Syeikhul Hadis Darul Kautsar, Maulana Muhammad Asri Yusoff. Wujud percanggahan dikalangan fuqaha, khususnya di antara mazhab Syafi'e dan jumhur ulama', berkenaan hukum menggunakan air musta'mal untuk bersuci, samada untuk mengangkat hadas kecil mahupun hadas besar. Dalam mazhab Syafi'e, air musta'mal adalah air yang suci, tetapi ia tidak menyucikan. Oleh itu mazhab Syafi'e mengharamkan penggunaan air musta'mal untuk bersuci. Namun pendapat ini sangat berbeza dengan pendapat majoriti ulama' yang secara jelas menolak pengharaman menggunakan air musta'mal. Bagaimana boleh wujud khilaf dalam perkara ini? Apakah dalil pegangan Imam Syafi'e dalam mengemukakan ijtihadnya? Apa pula dalil majoriti ulama' yang menolak ijtihad Imam Syafi'e? Dalil siapakah yang lebih kuat? Namun perlu diingat, tujuan dikemukakan khilaf ini, bukanlah untuk merendah-rendahkan Imam Syafi'e atau Imam-Imam yang lain. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, untuk mengajak kita semua untuk menerima keterbukaan dalam menerima pendapat ulama', agar kita semua tidak taksub dengan pendapat satu orang. Sayangnya kita kepada seorang ulama', sekali-kali tidak mengikat kita untuk mengikut setiap pendapatnya, walaupun sudah jelas pendapatnya itu lebih lemah. Bak kata Imam Malik: "Tiada seorangpun dari kalangan kita kecuali boleh diterima dan ditolak pendapatnya kecuali pendapat TUAN MAQAM ini." (sambil Imam Malik menunjukkan isyarat ke arah maqam Rasulullah S.A.W.) Selamat menonton dan mengambil pengajaran -