У нас вы можете посмотреть бесплатно Ep 59 | Tiga Nasihat Ustaz Hasrizal jika Nik Nazmi jadi Menteri Pendidikan или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Audio siar Lebih Masa malam ini menampilkan tokoh pendidikan dan penulis prolifik, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Dari pengalaman beliau merantau di Jordan, Ireland Utara, Finland hingga Republik Ireland, episod ini mengupas pandangan luas beliau tentang agama, pendidikan dan pembinaan insan. Dalam episod ini Nik Nazmi bukan sahaja mengemukakan persoalan dan pandangan tentang pendidikan sebagai pembuat dasar, tetapi juga sebagai seorang bapa. Perbualan menyentuh isu hala tuju pendidikan negara, motivasi pelajar, kualiti guru dan disiplin berasaskan kasih sayang. Adakah rotan wajar dikembalikan? Bagaimana pula peperiksaan seperti UPSR dan PT3? Bagaimana pula dengan cadangan pendekatan dua guru dalam satu kelas? Ustaz Hasrizal dan Nik Nazmi juga berkongsi pengalaman mereka yang kedua-duanya didiagnos mempunyai Gangguan Hyperaktif dan Kurang Tumpuan (ADHD) dan bagaimana sebenarnya menjadikan pendidikan inklusif sebagai realiti. Episod ini turut meneliti pengalaman Ustaz Hasrizal sebagai penulis dan penggerak pendidikan, perbandingan sistem pendidikan luar negara terutamanya di Finland serta harapan terhadap masa depan pendidikan Malaysia. Mereka turut membincangkan apa yang perlu dibuat untuk merealisasikan perubahan agar murid, bukan Menteri, Pengarah atau guru, sebagai VIP sistem pendidikan! 00:00 Intro 03:22 Asal Usul 06:48 Latar belakang pendidikan & pengembaraan 18:45 Sistem pendidikan Finland 24:08 Kelemahan sistem pendidikan kita 29:37 Kenapa pendidikan kita kurang impak 34:22 Pemansuhan UPSR & PT3 37:19 Co-teaching 39:50 Soal Rotan 47:12 Nasihat kepada Menteri Pendidikan 51:21 Pendidikan Inklusif 59:47 Realiti kepelbagaian sekolah di Malaysia 01:03:49 Pesanan kepada ibu bapa Hos: Nik Nazmi Nik Ahmad: @NikNazmiNikAhmad Like, Follow, Share, Subscribe: Tiktok/FB/Instagram/Youtube - @lebihmasa Anda boleh juga ikuti siaran ini secara audio: Spotify/Apple Podcasts - Lebih Masa Kredit: PENERBIT EKSEKUTIF: Johan Ariff PENERBIT: Sherry M.Shariff JURUKAMERA: Amirul Fikri Abdul Malik & Nor Din Shafiq Bin Haron JURUTEKNIK: Chandra Arjun MONTAGE/GFX/FINAL MIX: Karl Zahbah PENYELIA PENERBITAN: Jacintha Rajah SOCIAL MEDIA MANAGEMENT: Shafwan Zaidon #ustazhasrizal #niknazmi #pendidikan