У нас вы можете посмотреть бесплатно Majlis Al-Quran Surah Hud Ayat 106-107 - Dr Ahmad Wifaq Mokhtar или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
⛅🌿 Majlis Al-Quran 🌾🌼 10 Syawal 1442H Firman Allah SWT: ﷽ فَأَمَّا الَّذِينَ شَقُوا فَفِي النَّارِ لَهُمْ فِيهَا زَفِيرٌ وَشَهِيقٌ. خَالِدِينَ فِيهَا مَا دَامَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ إِلَّا مَا شَاءَ رَبُّكَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيدُ [هود : 106-107] Ertinya: "Adapun orang-orang yang celaka (disebabkan keingkaran dan maksiatnya), maka di dalam nerakalah tempatnya. Bagi mereka di situ, hanyalah suara memekik-mekik dan mendayu-dayu (seperti suara keldai). Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya." (Surah Hud: 106-107) 🌼 Keterangan Ayat: 1. Allah SWT menjelaskan kesudahan dan balasan yang menimpa orang yang celaka kerana keingkaran dan kekufuran mereka! 2. Mereka akan masuk ke dalam neraka dan mendengar suara ahli neraka yang menjerit dan melolong kesakitan di dalamnya! 3. Mereka akan kekal di dalam neraka selamanya kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah! Dia Maha Berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll. 🌼 Antara Petunjuk Ayat: 1. Orang yang celaka adalah orang yang masuk ke dalam neraka dan mendapat kecelakaan di akhirat! 2. Kesakitan ahli neraka adalah kesakitan yang amat menyeksakan dan tidak mampu ditanggung oleh manusia! 3. Ahli neraka tidak akan dapat keluar dari neraka kecuali orang yang dikehendaki oleh Allah! 🌼 Kaedah Beramal: 1. Hendaklah kita menjauhi sifat-sifat orang yang celaka di akhirat! Jangan ikut sifat-sifat mereka! 2. Hendaklah kita sentiasa ingat seksa dan azab neraka yang amat dahsyat! Kita tidak akan mampu menanggung azabnya! 3. Hendaklah kita berdoa dan memohon kepada Allah agar kita dijauhkan dari azab neraka! Ya Allah jauhkanlah kami dari azab neraka, bantulah kami untuk menjadi golongan yang bahagia bukan golongan yang celaka. Aamiin. Sila tambah petunjuk-petunjuk ayat... والله أعلم وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين fb.me/drwifaq t.me/MajalisAlQuran instagram.com/drwifaq