У нас вы можете посмотреть бесплатно TAMIM DAHRI NAFI HINA SIMB0L SUCI HINDU, DAKWA HANYA ALIH BESI TAJAM-"TAK TERFIKIR TU LAMBANG AGAMA" или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
TAMIM DAHRI NAFI HINA SIMBOL SUCI HINDU, DAKWA HANYA ALIH BESI TAJAM - "TAK TERFIKIR TU LAMBANG AGAMA" Aktivis masyarakat, Tamim Dahri menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu selepas videonya memijak dan membengkokkan trisula atau soolam tular di media sosial sejak beberapa hari lalu. Menerusi satu perkongsian di Facebook, dia menjelaskan kejadian itu berlaku ketika bercuti di Pulau Langkawi dan mendakwa tidak menyedari besi yang dialihkannya mempunyai kaitan dengan lambang keagamaan. Menurutnya, dia ke pulau peranginan itu bagi melepaskan tekanan selepas menyiapkan hal berkaitan kerja selain mengambil peluang meneroka beberapa lokasi yang jarang dikunjungi orang ramai. Tamim berkata, ketika memandu kereta sewa mengelilingi pulau, dia berhenti di sebuah kawasan berhampiran gua yang dipenuhi monyet liar sebelum ternampak sebatang besi konkrit yang dianggap berbahaya. Tamim turut mendakwa tindakannya mengalihkan besi tersebut adalah bagi mengelakkan ia mendatangkan bahaya kepada orang ramai. Dalam perkongsian sama, dia turut memuat naik gambar yang didakwa menunjukkan rupa sebenar trisula bagi menjelaskan bahawa objek yang dialihkannya berbeza daripada simbol keagamaan tersebut. Terdahulu, tular video mendakwa dia memijak dengan membengkokkan trisula atau tombak bercabang tiga yang dikenali sebagai soolam, sekali gus mencetuskan kemarahan dalam kalangan penganut Hindu yang menganggap perbuatan itu sebagai penghinaan terhadap simbol suci agama mereka.