У нас вы можете посмотреть бесплатно KEJUARAAN PETRONAS MAM MALAYSIAN CUB PRIX 2025 DILANCARKAN SECARA RASMI или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix secara rasmi melancarkan musim 2025 hari ini di Litar Karting Antarabangsa LYL dengan format 10 pusingan.” Ron Hogg, Pengarah Promosi Safe Aim Mutual berkata, “Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix kekal menjadi suatu platform yang penting dalam mencipta dan membangunkan ekosistem di luar bidang sukan, terutamanya dalam memastikan impak kelestarian ataupun “sustainability” yang konsisten dan berterusan bagi komuniti Cub Prix. Matlamat kami sepanjang 32 tahun adalah untuk memastikan pencapaian tersebut di samping menyediakan persekitaran yang selamat dan kondusif kepada para pelumba kami. Di sinilah lahirnya keunikan PETRONAS Cub Prix. Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix bukan sekadar sukan, tetapi lebih daripada itu, ia juga merupakan platform yang merangsang perkembangan yang lebih besar bagi komuniti, masyarakat dan negara.” “Ini adalah suatu fasa yang mengujakan, lebih-lebih lagi dengan pertambahan dari segi penyertaan. Salah satu daripadanya adalah bagi kategori PETRONAS Sprinta Pro-Am Cup yang akan menyaksikan penyertaan bekas-bekas pelumba daripada kategori “expert”. Ini pastinya menjadi penanda aras kepada kami terutamanya dalam mempamerkan aspirasi sebenar yang tidak mengenal had umur. Selain itu, kejuaraan ini juga akan melihat penyertaan jentera jenama pengeluar baharu yang akan berlumba bersama jenama-jenama terkenal, Yamaha dan Honda di kategori perlumbaan CP150. Pada 32 tahun yang lalu, kejuaraan ini telah melihat penyertaan jenama pengeluar seperti Suzuki dan Modenas, musim ini akan menyambut penyertaan pemain industri baharu iaitu Voge yang akan mencabar norma dengan kelebihan tersendiri. Dengan usahasama ini, kami berharap dapat memberikan inspirasi kepada jentera-jentera pengeluar yang lain untuk mengenali nilai dan kepentingan kejuaraan ini terutamanya dalam perkembangan industri dua roda.” Ron juga menekankan usaha yang sedang dijalankan dalam mendidik dan meningkatkan kesedaran terhadap PETRONAS Cub Prix serta komitmennya melangkaui sukan dan pada masa yang sama menyokong amalan keselamatan jalan raya. Program yang akan berlangsung di 16 buah sekolah menengah di Lembah Klang ini turut diperkasakan melalui kerjasama dengan PERKESO yang bertujuan memberi impak kepada masyarakat dengan menunggang selamat. Musim PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2025 dijadualkan untuk pembukaan musim di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Utara) pada hujung minggu depan. Masuk percuma. #FR150Challenge #SportyPerformanceFR150 #RideThePowerFR150 #VogeMotorcycles #voge #vogemalaysia