У нас вы можете посмотреть бесплатно MEKANIK JALANAN SANGGUP TURUN PUKUL 1 PAGI BAIKI MOTOSIKAL KELUARGA KECIL RAIH PERHATIAN или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
'HARI INI SAYA BANTU ABANG, ESOK ALLAH TOLONG SAYA'-MEKANIK JALANAN SANGGUP TURUN PUKUL 1 PAGI BAIKI MOTOSIKAL KELUARGA KECIL Baru-baru ini, satu kisah tular membuktikan bahawa semangat itu masih segar, apabila pengasas Minyak Hitam Jalanan, Mohd Yusof sekali lagi berkongsi kisah sanggup menolong seorang lelaki yang menghadapi masalah motor bersama isteri dan dua anaknya yang masih kecil pada pukul 1 pagi di sebuh lebuh raya. Melalui perkongsian Mohd Yusof di laman TikTok minyakhitamjalanan_, kejadian bermula apabila dia menerima mesej daripada lelaki tersebut yang memaklumkan rantai motornya putus serta spoket depan hilang. Apatah lagi, dalam keadaan cemas itu, mereka sekeluarga perlu pulang ke Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan segera. Lelaki itu kemudian bertanya mengenai kos membaiki rantai dan spoket, dan Mohd Yusof memberitahu harga anggaran sekitar RM140 termasuk upah datang ke lokasi. Bagaimanapun, lelaki itu hanya mampu membayar RM30 kerana berada di pertengahan bulan. Setibanya di lokasi, Mohd Yusof berdepan cabaran lain apabila lokasi yang diberikan tidak tepat. Jalan sunyi dan tiada orang di sekeliling membuatkan dia terpaksa lebih berhati-hati. Namun akhirnya dia berjaya menyiapkan kerja membaiki rantai dan spoket di tengah jalan tanpa sebarang insiden tidak diingini. Melalui video yang dimuat naik Mohd Yusof, dia turut memaklumkan kepada lelaki berkenaan agar usah membayar kos pembaikan tersebut kerana sudah dibayar menggunakan duit infaq yang disedekahkan orang awam. Perkongsian Mohd Yusof itu menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen.