У нас вы можете посмотреть бесплатно TIPU DUIT RM1.5JUTA ATAS URUSAN KURNIAAN TANAH..PELAKON, SUAMI DIREMAN TIGA HARI или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
PELAKON, SUAMI DIREMAN TIGA HARI KES TIPU DUIT RM1.5JUTA URUSAN KURNIAAN TANAH Pelakon drama bersiri ‘Nur’ dan suaminya hari ini telah dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban untuk direman bagi membantu siasatan berkaitan kes tipu urusan tanah kurnia yang membabitkan kerugian RM 1.5 juta. Pasangan itu sebelum ini telah ditahan di tempat persembunyian di sebuah madrasah tahfiz yang bertempat di Jalan Kuari Sungai Long, Batu 11, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, semalam. Ketika dia bersama suami diiringi ke mahkamah, pelakon tersebut sempat memberikan pesanan kepada pihak media. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, mereka telah dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini, untuk permohonan reman. Pasangan tersebut dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban untuk direman, tahanan reman itu dibenarkan oleh Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah membenarkan reman selama tiga hari terhadap kedua-dua suspek. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Polis juga meminta ruang siasatan yang telus dapat dijalankan dan orang awam dinasihatkan supaya tidak mengganggu siasatan dengan mengeluarkan kenyataan di media sosial. Mengulas lanjut, Azahar menjelaskan bahawa mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 56 tahun seorang persara ahli perniagaan yang sebelum ini menjalankan perniagaan pembangunan hartanah. Mangsa disyaki ditipu rakannya dalam urusan untuk mendapatkan tanah kurniaan kerajaan negeri Selangor. Pengadu menyatakan sebelum ini pada 21 September 2023 ditawarkan oleh seorang lelaki untuk mendapatkan beberapa lot tanah di Selangor yang terletak di bawah mukim Cheras yang mana sebelum ini dijanjikan akan mendapat tanah berstatus kurniaan kerajaan negeri Selangor.” Pengadu mula berurusan dengan suspek dan membuat sebanyak beberapa kali transaksi.” Tambah beliau, suspek menggunakan akaun bank bapa dan isterinya untuk menerima bayaran transaksi untuk proses mendapatkan lot tanah yang telah dijanjikan sebanyak RM 1.5 juta. Sebelum ini, seorang usahawan produk kecantikan mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan seorang pelakon bersama suaminya yang membabitkan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit. Dalam pendedahan yang dibuat menerusi hantaran Threads, mangsa yang dikenali sebagai @kakbeyna_official mengalami kerugian sebanyak RM 300,000 dan turut mendakwa bahawa ada lagi mangsa lain yang terkena dengan ‘umpan’ pelakon itu dan mengalami kerugian yang jauh lebih besar sehingga mencecah jutaan ringgit.