У нас вы можете посмотреть бесплатно Suntik semangat pasukan sukarelawan или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) menerusi program Kotak Rezeki Dari Hati 2026 terus menggerakkan misi kebajikan apabila sebanyak 275 unit Kotak Rezeki kepada warga kerja Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), baru-baru ini. Sumbangan hasil kerjasama Harian Metro dan Nestle Malaysia itu menjadi suntikan semangat kepada pasukan sukarelawan yang sentiasa berada di barisan hadapan demi keselamatan serta kesejahteraan masyarakat. Ketua Pengarah RELA, Datuk Rosli Yaakub merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Harian Metro dan Nestle Malaysia atas kerjasama serta sokongan berterusan kepada pihaknya. Katanya sumbangan itu bukan sahaja membantu dari segi keperluan harian, malah membawa harapan, kelegaan dan sinar kepada para penerima untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Be,liau berkata demikian ketika berucap pada Program Sumbangan Kotak Rezeki TKHM bersama Nestle, di Kompleks Kementerian Dalam Negeri Kuala Lumpur. Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) RELA, Syamsul Badrin Mohshin dan Pengarang Berita Kanan Harian Metro merangkap Pengarah Projek TKHM, Noor Azam Ab Aziz. Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan harapan supaya program ini dapat diteruskan dan diperluaskan supaya lebih ramai golongan memerlukan mendapat bantuan, sejajar dengan aspirasi kesejahteraan masyarakat dan semangat Malaysia MADANI. Sementara itu, Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit berkata, majlis itu bukan sekadar penyerahan sumbangan tetapi menjadi simbol kasih sayang dan penghargaan terhadap pengorbanan anggota RELA. Husain mengakui bahawa tugas sukarelawan RELA amat mencabar termasuk bekerja di bawah cuaca panas dan hujan serta kadangkala jauh daripada keluarga demi tanggungjawab. ----- #HMETRO #METROTV ▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my