У нас вы можете посмотреть бесплатно Program Bual Bicara Pakar 6.0 (siri 02) : Aidilfitri Menjelma Tiba, Persediaan Poket Macam Mana? или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sukacita dimaklumkan bahawa program Bual Bicara Pakar 6.0 : 360’ Perspektif Pengguna & Masyarakat telah memasuki tahun ke-6 penganjurannya. Program ini merupakan anjuran Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA). Program ini dilaksanakan dalam format perkongsian ilmu yang santai, ringan tetapi berinformasi, bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai isu semasa berkaitan pengguna, keluarga dan kesejahteraan kewangan. Bagi siri kali ini, perbincangan akan memberi fokus kepada persediaan kewangan masyarakat menjelang sambutan Aidilfitri. BUTIRAN PROGRAM Tarikh : 13 Mac 2026 (Jumaat) Masa : 10.30 pagi – 11.30 pagi Tajuk : Aidilfitri Menjelma Tiba : Persediaan Poket Macam Mana? Moderator: Prof. Madya Dr. Irwan Syah Md Yusoff Exco MACFEA & Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Panel: Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri Ahli MACFEA Dekan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM Naib Presiden (Asian Association for Consumer Interests and Marketing) Naib Presiden (Majlis Perancangan Kewangan Malaysia) RINGKASAN PROGRAM Menjelang sambutan Aidilfitri, masyarakat biasanya mula membuat pelbagai persiapan seperti membeli pakaian raya, menyediakan juadah istimewa, menghias rumah dan memberi duit raya kepada ahli keluarga serta tetamu. Namun dalam kegembiraan membuat persiapan tersebut, pengurusan kewangan yang bijak sangat penting agar perbelanjaan raya tidak memberi tekanan kepada kewangan selepas perayaan. Beberapa isu penting yang akan dibincangkan termasuk: Budaya Berbelanja Menjelang Raya – Sejauh manakah trend perbelanjaan masyarakat Malaysia ketika membuat persiapan Aidilfitri? Perancangan Kewangan Raya – Bagaimana masyarakat boleh merancang bajet raya dengan lebih bijak dan berhemah? Pengaruh Promosi dan Perbelanjaan Emosi – Adakah promosi jualan raya dan trend semasa mempengaruhi sikap berbelanja masyarakat? Keseimbangan Antara Keperluan dan Kehendak – Bagaimana kita boleh menyambut Aidilfitri dengan meriah tanpa berbelanja secara berlebihan? Kesan Kewangan Selepas Raya – Apakah implikasi jika perbelanjaan raya tidak dirancang dengan baik? SOALAN YANG AKAN DIBINCANGKAN: Apakah yang dimaksudkan dengan persediaan poket atau persediaan kewangan menjelang Aidilfitri? Bagaimana trend dan budaya masyarakat Malaysia dalam berbelanja ketika musim perayaan? Bagaimana masyarakat boleh merancang kewangan dengan lebih baik apabila hari raya jatuh pada pertengahan bulan? Apakah sikap yang perlu diamalkan oleh masyarakat dalam mengurus kewangan sebelum dan selepas raya? Apakah kesan sekiranya seseorang tidak menguruskan kewangan dengan baik ketika membuat persiapan raya? Apakah tips praktikal yang boleh membantu masyarakat membuat persiapan kewangan raya dengan lebih bijak? KENAPA ANDA WAJIB SERTAI PROGRAM INI? ✅ Kupasan Daripada Pakar Kewangan Keluarga Ikuti perkongsian daripada pakar yang berpengalaman dalam bidang kewangan pengguna dan keluarga. ✅ Fahami Isu Perbelanjaan Raya Ketahui bagaimana trend perbelanjaan raya memberi kesan kepada kewangan individu dan keluarga. ✅ Tips Pengurusan Kewangan Raya Pelajari cara merancang bajet dan mengurus perbelanjaan raya dengan lebih bijak. ✅ Sesi Interaktif & Soal Jawab Peluang untuk bertanya soalan secara langsung kepada panel pakar. ✅ Bermanfaat Untuk Semua Sesuai untuk pengguna, keluarga, pelajar, penjawat awam, penggubal dasar dan masyarakat umum. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI! Ingin mengetahui bagaimana membuat persiapan raya yang meriah tanpa menjejaskan kewangan anda? Sertai kami dalam sesi perkongsian ilmu yang penuh manfaat ini. Kesudian Dato’/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan menerima dan memberi keutamaan atas undangan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Setiap peserta / staf UPM yang menyertai program ini juga akan diberikan mata CPD latihan UPM. JOM SERTAI PERBINCANGAN INI! #BualBicaraPakar #UPM #FEMUPM #BerilmuBerbakti #Aidilfitri #PengurusanKewangan #PersediaanRaya #PenggunaBijak #KewanganKeluarga #WebinarUPM #MACFEA #MalaysiaMadani