У нас вы можете посмотреть бесплатно TANAH PERKUBURAN ISLAM PJS 4 DICEROBOH, RUMAH IBADAT DIARAH KOSONGKAN TAPAK или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
TANAH PERKUBURAN ISLAM PJS 4 DICEROBOH, RUMAH IBADAT DIARAH KOSONGKAN TAPAK Kerajaan negeri memberikan tempoh sehingga 31 Mac ini kepada pihak yang menceroboh Tanah Perkuburan Islam PJS 4, Petaling Jaya untuk mengosongkan tapak berkenaan sebelum tindakan penguatkuasaan diambil. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, tanah berkenaan merupakan tanah warta di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengikut Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965 dan bukan tanah wakaf di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) seperti ditularkan. Beliau berkata, tindakan terhadap pencerobohan itu telah pun diambil menerusi gerak kerja pemutihan pencerobohan tanah JAIS bersama pihak pentadbir tanah daerah serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kegagalan mematuhi arahan tersebut akan disusuli tindakan penguatkuasaan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Petaling bersama JAIS serta agensi penguat kuasa lain, Terdahulu, tular hantaran seorang pengguna Facebook yang bertajuk Contoh Tanah Wakaf Orang Islam di Bawah Pengurusan MAIS yang Telah Diceroboh oleh Rumah Ibadat Haram. Menerusi hantaran itu, pengguna itu menyatakan binaaan-binaan ini telah lama didirikan secara haram di tanah milik orang Islam dan mempersoalkan perkara sebgitu perlu ditangani segera oleh pihak-pihak berautoriti. Menurut Mohd. Shahzihan, JAIS bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kerajaan Negeri akan terus mengambil langkah tegas bagi memastikan pencerobohan ke atas tanah warta JAIS dan tanah wakaf MAIS dapat diputihkan dengan segera.