У нас вы можете посмотреть бесплатно Ep.196 - Ramai Kata Mahal! Tapi ini Jadi Bila Masuk Aquaria Phuket или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Pengalaman Masuk Aquaria Phuket – Berbaloi Atau Sekadar Gimik Tourist? Kalau sebut Phuket, kebanyakan orang akan terbayang pantai putih yang cantik, pulau eksotik, dan nightlife yang agak meriah. Tapi sebenarnya, Phuket ada satu tarikan yang agak unik – Aquaria Phuket. Kalau dekat Malaysia kita ada Aquaria KLCC, dekat Bangkok pula ada SEA Life Ocean World, di Phuket pula Aquaria ni lah yang jadi tarikan utama untuk keluarga, pasangan, atau sesiapa saja yang suka tengok hidupan laut dengan lebih dekat. Sebelum aku pergi, memang macam-macam persoalan timbul dalam kepala: • Berbaloi ke bayar tiket nak masuk aquarium ni? • Ada beza ke dengan aquarium lain? • Mahal sangat ke harga tiket Aquaria Phuket? • Best ke bawa anak-anak datang sini? Dan jujur aku cakap, pengalaman masuk ke sini memang ada “wow factor”, tapi dalam masa sama ada juga beberapa benda yang korang kena tahu supaya tak rasa rugi duit. First Impression – Dari Luar Nampak Biasa, Dalam Dia Lain Macam Aquaria Phuket ni terletak di Central Phuket Floresta Mall – salah satu shopping mall terbesar dan paling moden dekat Phuket. Nak cari dia tak susah sebab memang dalam mall ni ada banyak signboard tunjuk arah. Tapi kalau korang first time, mungkin agak pelik sebab entrance dia nampak macam masuk kedai biasa je. Lepas beli tiket, kita terus turun ke bahagian bawah tanah. Masa tu honestly aku terfikir, “Eh, kecik je tempat ni… betul ke worth it?”. Tapi bila dah masuk dalam, lain macam feel dia. Lighting, bunyi air, suasana ala-ala laut dalam and semua tu buat kita rasa terpisah dari mall. Macam masuk dunia lain. Harga Tiket Aquaria Phuket Okey, part ni penting sebab ramai orang nak tahu bab harga. • Harga standard walk-in: lebih kurang THB 990 (±RM120) untuk dewasa. • Kanak-kanak (3-11 tahun): sekitar THB 490 (±RM60). • Bawah 3 tahun: percuma. Tapi, ada cara nak jimat! Kalau korang beli tiket online awal (contohnya melalui Klook atau website rasmi), harga boleh jadi jauh lebih murah – kadang-kadang jatuh sampai THB 650 je (±RM80) untuk dewasa. So pro tip: jangan beli tiket terus kat kaunter kalau boleh. Beli online dulu, tunjuk QR code, terus masuk. Dan jangan lupa guna promo code SHETRAVELKLOOK untuk dapatkan lebih banyak discount. Pengalaman Explore – Dari Terowong Sampai Giant Tank Masuk je ke dalam, kita akan lalui satu demi satu zon yang memang direka ikut tema. Antara highlight yang aku sempat explore: 1. Jungle Zone Kawasan pertama ni lebih kepada suasana hutan tropika dengan sungai kecil. Ada ikan air tawar, kura-kura, sampai ke haiwan kecil macam iguana. Anak-anak memang excited tengok sebab dekat sangat dengan kaca. 2. River Giants Kat sini ada ikan-ikan air tawar gergasi – termasuklah arapaima, ikan terbesar dari Amazon. Serius, kalau berdiri depan aquarium dia, memang terasa betul besarnya. 3. Ocean Tunnel Ini part paling ikonik – terowong kaca yang kita boleh jalan bawah tangki besar. Kat sini ada jerung, pari manta, dan pelbagai ikan lain berenang atas kepala. Kalau korang pernah pergi Aquaria KLCC, konsep dia lebih kurang sama, cuma aku rasa lighting kat Aquaria Phuket lebih dramatik, jadi gambar/video memang cantik. 4. Interactive Zone Bahagian ni paling best untuk budak – boleh sentuh starfish, tengok feeding session, dan ada juga pertunjukan singkat (feeding diver masuk dalam tangki). 5. Main Tank Show Setiap hari ada jadual feeding show dekat tangki utama. Ini memang highlight sebab ada diver yang masuk bagi makan jerung dan pari. Kalau datang timing betul, memang puas hati tengok aksi live. #LeavingTheNest #Travelog #BeraniKeluar #InspirasiHidup #KembaraJiwa #TravelMalaysia