У нас вы можете посмотреть бесплатно Air Terjun Padang Batu & Jaang serius SUPER RARE. Air jernih, dalam, kolam luas dan landskap cantik! или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Orang kata kombinasi air terjun yang jernih, landskap cantik, kolam luas dan air dalam adalah sangat rare. 📍Kenapa Air Terjun Padang Batu dan Jaang Sangatlah Rare. 1. Terletak berdekatan Felda Selendang, Rompin, Pahang. Kami berkumpul seawal 7 pagi di sana untuk briefing dan pembahagian ration. Tim pergi dengan Cikgu Arman atas rekemendasi abang Mail hihihi. 2. Naik powil lebih kurang sejam. Jalannya off road namun licin sebab pagi sebelum itu hujan. Kami di seat penumpang boleh rasa tayar tak grip jalan. 3. Tracking ke campsite dengan bawa load makanan dan peralatan tidur. Sepatutnya perjalanan kami dalam satu jam. Namun sebab kami ada dua kargo (anak kecil) dalam trip, dan jalan pun becak dengan lumpur, maka kami ambil masa 2 jam la juga. Sebab kargo bernilai banyak berhenti gelikan pacat, tanah, lumpur serta cerun curam. Nasib baik ada ramai abang guide hensem dan baik yang sudi dukung kargo bernilai kami agar selamat sampai ke campsite. Memang terbaikla team cikgu Arman ni. Alhamdulillah. Belum lagi lineup yang drama kuat, hypo kurang gula dan ada juga lineup yang berdesup laju tinggalkan kumpulan dia. Haha. 4. Kami kena cross sungai dalam 3-4 la juga. SubhanaAllah sungai dia semua jernih belaka dan geram tengok. Kargo bernilai kami asal nampak sungai, nak terus terjun mandi. Puas dipujuk agar mandi di campsite nanti. 5. Sesudah sampai campsite, kami unpack barang dan setup khemah, fly ground serta hammock dan fly. Campsite kami padu. Kat simpang Y. Kanan kiri ada sungai jernih sesangat. Belah kanan sungai sangat dalam tapi serius jernih. Siap ada lineup asyik duk snorkle ikan je kat situ. Nasib ada gogle dan life jacket. 6. Kami teruskan pendakian ke Air Terjun Padang Batu. Perghhhh trek dia menaik ke jalan balak, lepastu mendaki ikut jalan hutan, lepastu kena naik turun bukit tinggi 3 kali. Masa naik turun bukit, semua dah mental. Almaklum dah pukul 1 lebih. Lunch belum makan. Tenaga dah habis. Siap ada lineup request duit refund pada gogo sebab gogo menjanjikan tracking santai santai aje. Haha. Lainkali gogo buat sesiap disclaimer, tak boleh claim duit walau apa yang terjadi haha. Kargo bernilai kami didukung berkali kali oleh orang yang berbeza. Nasib semua guide padu dan rajin melayan. Hehe. Ikutkan masa nak ke air terjun ni sejam je, kami ambil masa sejam setengah. Almaklum ramai ikut tumpang pace kargo bernilai ni. Haha. 7. Bila dah sampai ke air terjun Padang Batu, semua terus lupa akan segala keringat jerih yang dah keluar tadi. Haha. Kami makan lunch dulu di sini baru lah masuk mandi. Serius, air dia sangat jernih dan nampak dasar setiap batuan yang ada. Sebab kami masuk musim hujan, maka air nya sangat banyak melimpah. Rezeki juga. Landskap batu bersusun di air terjun berikan kami halwa mata yang terindah. Cuma kami tiada rezeki memanjat naik ke atas air terjun. Sebab ada dua sarang tebuan di atas. Maka risiko tinggi buat semua orang. But its okay, dari bawah pun dah sokmo cantik. Puas mandi, kami berenang ke sebalik air terjun. Ada gua sikit dan boleh meniti di batu situ untuk ambil gambar. 8. Pukul 4 petang, kami pun beransur pulang ke campsite. Kargo bernilai masa ni dah melalak meraung. Meleleh air mata beliau sebab taknak keluar dari kolam mandian. Sampai mama dia ambil ranting kayu marah nak rotan. Nasib baik kargo bernilai ni dengar juga cakap sambil menahan sendu. Kami ambil masa 30 minit untuk turun ke bawah. 9. Sampai di campsite, kami mandi dan prelare untuk makan malam. Kami masak BBQ untuk malamnya dan tidur. 10. Pukul 9.30 pagi selepas sarapan, kami pun bergerak ke Air Terjun Jaang. Lokasinya dekat je dengan campsite. Dalam 50m. Dalam 10 minit dah sampai. Serius, Air Terjun Jaang tak kurang hebatnya. Sebab kolamnya lebih panjang dan lebih luas berbanding Padang Batu. Dari jauh, air terjun nya nampak rendah. Walhal tingginya hampir 2 tingkat la juga. Bayangkan betapa besarnya kolam dia sampai air terjun tu nampak kecil aja. Di sini banyak port terjun tiruk dan menyelam. Kami mandi di sini puas puas hingga pukul 12 tengahari. 11. Selesai mandi, kami makan lunch dan kemas campsite. Makanan tak habis, dan sampah semua kami bawa pulang. Kami berjalan pulang dalam pukul 2. Ambil masa sejam setengah untuk sampai ke tempat parking powil. Dan sekarang setiap dari kami merindui tempat ni sebab macam tak puas mandi. Haha. Dasar memerang sungai semuanya. Tidak pernah puas haha. Tim ingat nak open lagi trip ke sini awal tahun depan. Sebab ramai dah request nak ke sini juga. Untuk ke sini boleh hubungi Cikgu Arman (016 2249842) atau Abang Kadir (013 9306182). Akhir sekali, terima kasih semua geng yang join trip kali ni. Korang semua sempoi dan sudi berkerjasama pasang fly dan ground, masak sama-sama dan kemas sama-sama. Alhamdulillah, masuk hutan bukan pasal nak sampai cepat. Tapi nak mensyukuri nikmat yang diberi sambil masuk dan keluar dengan selamat. 🌹 Next tip & trip oleh kami t.me/greenturaeuncover