У нас вы можете посмотреть бесплатно 10 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
➡️ LANGGAN untuk lebih banyak Bing: http://bit.ly/BingBahasaMelayu ⬅️ 10 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Kartun untuk anak-anak 00:00 Ubi Kentang Bing dan Sula membantu Amma menggali kentang apabila mereka menjumpai kentang yang ada hidung kecil! Mereka memanggilnya Nosey dan ingin menjaganya, jadi mereka tunjukkan kepada Nosey kawasan sekitar rumah Sula & Amma. Tetapi, apakah yang akan berlaku apabila mereka menunjukkan kepada Nosey cara-cara untuk turun papan luncur? 06:23 Smoothie Masa untuk snek! Tetapi satu-satunya pisang yang tinggal terlalu lembik untuk dimakan. Flop cadang supaya pisang tersebut dibuat smoothie. Tetapi apabila karot Bing secara tidak sengaja termasuk ke dalam pengisar juga, jadilah ia smoothie karot! Adakah Bing akan menyukai smoothie karot-nya? 12:46 Menjaga Flop Flop sakit jadi Bing beritahu Flop yang dia ingin menjaganya. Jadi... Bing membantu Flop untuk buatnya rasanya lebih selesa di sofa dengan memberikan bantal dan selimut, malah Bing berikan juga Hoppity Voosh dengan harapan ia dapat membantu Flop merasa lebih baik. Bing kemudian memutuskan untuk buatkan Flop air lemon madu, tetapi macam agak susah untuk dibuat. 19:09 Gelap Masa untuk tidur dan Bing telah selesai mandi, menggosok giginya, dan memakai baju tidur tetapi di manakah Hoppity? Bing teringat tadi dia ada bermain dengan Hoppity di taman dan dia mesti tertinggalnya di luar! Dan sekarang, hari sudah gelap. Dengan bantuan Flop dan lampu suluh Karot, adakah Bing dapat menemui Hoppity untuk dibawa tidur? 25:32 Boo! Coco dan Bing saling mengejutkan satu sama lain dengan bunyi boo yang sangat kuat. Mereka kemudian boo Flop kuat-kuat sehingga dia terjatuhkan puzzle ke merata tempat. Bing kemudian nampak Charlie tidur di kerusi bayinya lalu dia berikan Boo yang kuat pada Charlie. Tetapi Charlie benar-benar tak suka pada Boo yang kuat…. 31:55 Atchoo! Bing sedang bersiap-siap untuk pergi ke rumah Sula tetapi dia tiba-tiba bersin tanpa berhenti dan badannya berasa panas jadi terpaksalah dia tinggal di rumah dan simpan hidung beringusnya untuk dirinya sendiri. Dia berharap dia masih boleh bermain di rumah Sula dan makan bagel karot Amma yang sedap sehinggalah tiba-tiba datang pelawat yang tak disangkakannya... 38:18 Bakat Sula, Pando, Flop dan Padget semuanya ada bakat tersendiri, iaitu perkara istimewa yang hanya dapat dilakukan oleh mereka. Bing berusaha mencari bakatnya sendiri tetapi nampaknya orang lain pun dapat lakukannya juga. Apabila Pando secara tidak sengaja menyakitkan telinga Bing, mereka semua terkejut, kerana Bing tiba-tiba sedar yang dia mempunyai satu bakat yang orang lain tidak ada. 44:41 Bersembunyi Bing sedang membantu Flop di kedai Padget untuk mencari bahan-bahan bagi salad buah-buahan, apabila dia memutuskan untuk bersembunyi dari Flop. 51:04 Kotak makanan Bing, Pando dan Sula sedang bermain permainan ‘sama sepadan’ di tempat jagaan Amma. 57:27 Hippoty Hoppity Voosh Voooooosh! Bing dan Sula sedang terbangkan Hoppity dan Pari-Pari Hippo. Mereka terbangkan naik, naik, naik – tinggi lagi dan tinggi lagi! ***** Tonton lebih banyak daripada Bing: ▶️ Bing: Episod Terbaik: https://bit.ly/BingEpisodTerbaik ▶️ Bing: Episod Penuh: http://bit.ly/BingEpisodPenuh ▶️ Bing: Kompilasi Episod Penuh: http://bit.ly/BingKompilasiEpisodPenuh ▶️ Bing: Bit Terbaik: http://bit.ly/BingBitTerbaikMalayu ▶️ Bing: Episod Double: http://bit.ly/BingEpisodDouble #bingMelayu #bingEpisod ***** 🎮 "Bing: Let's Play" app (Google Play, Apple & Amazon stores) http://onelink.to/bingapps ***** Youtube rasmi Bing Bahasa Melayu – tempat tinggal buat Bing, Sula, Flop, Pando dan kesemua rakan-rakan mereka. Bing ialah seorang kanak-kanak prasekolah sejati yang suka bermain dengan rakan-rakannya. Dia sangat berminat untuk mencuba perkara-perkara baru, dan dia selalu bersemangat untuk melayari kehidupan! Bing penuh dengan perasan ingin tahu, positif dan ikhlas, dan oleh kerana dia masih kecil, dia sering melalui banyak perkara buat pertama kalinya.Benar, adakalanya dia mendapat benjolan kecil, atau tertumpahkan sesuatu, atau mengalami kekecewaan yang tidak dijangkakannya, tetapi pada saat-saat itulah, Bing dapat mengenal emosinya! Di sisi Bing ada Flop, seseorang yang membawa bersamanya kesabaran, kasih sayang dan kebaikan, dan seseorang yang selalu membuatkan sesuatu menjadi lebih baik. Duduk dan nikmati klip-klip hebat bersama kompilasi-kompilasi bertema yang menyeronokkan – ditambah dengan video muzik yang direka untuk menggerakkan dan menggembirakan Bingsters di seluruh dunia. Ia adalah gaya Bing! ➡️ Laman web: https://www.bingbunny.com ➡️ Instagram: / bingbunny ➡️ Facebook: / bingbunny © ACAMAR FILMS LIMITED