У нас вы можете посмотреть бесплатно “Jiwa Melayu Pekat Dalam Diri”, Rita Kalsom Rafi @ Mangan” или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
“Jiwa Melayu Pekat Dalam Diri”, Rita Kalsom Rafi @ Mangan” Ruangan : Wawansabda Bahasa Editor : Yusaida Yusof Penulis : Rosli Mohd Nordin Konsep, Penata Gaya & Pengarah Seni : @roslimn Jurufoto, Videografer & Visual Editor : @azrul_azizi_aziz Lokasi : Taman Burung, Kuala Lumpur (Terima kasih Pengurus Komunikasi Taman Burung Kuala Lumpur, Taufik Sharif) Majalah : Dewan Bahasa Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka, DBP Isu : April 2023 “Jiwa Melayu Pekat Dalam Diri”, Rita Kalsom Rafi @ Mangan” Oleh : Rosli Mohd Nordin Pada hari raya Aidilfitri tahun 2019, sebuah video perbualan antara seorang remaja lelaki dengan seorang gadis Mat Salleh yang amat fasih bercakap dalam bahasa Melayu loghat utara atau lebih tepatnya loghat orang di negeri Pulau Pinang tular di pelantar Facebook. Masakan masyarakat umum tidak terkejut, kerana si pemilik rambut perang ini jika dilihat dan diamati, tiada langsung kelihatan beliau merupakan anak campuran yang beribukan wanita Melayu Pulau Pinang dengan lelaki British. Rita Kalsom Rafi @ Mangan hanya tertawa apabila ramai orang yang terkejut mengetahui beliau fasih berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan merupakan rakyat Malaysia. Lebih mesra dikenali sebagai Rita, wanita yang merupakan Guru Kesihatan-Yoga dan usahawan ini selain lebih selesa berkomunikasi dalam bahasa Melayu, jati diri beliau sebagai rakyat Malaysia juga menyebabkan Rita amat bangga menjadi rakyat negara ini. Ikuti temu ramah Rosli bersama Rita bagi mengisi ruangan Wawansabda Bahasa. Latar akademik Rita. Wanita berketinggian 173 sentimeter ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan SMK Saint George, Balik Pulau dan Convent Light Street School, George Town. Ketika berusia 10 tahun, Rita berpindah ke North East Lincolnshire, England kerana ayah Rita tinggal perkampungan tersebut. Alasan ayah Rita berbuat demikian ialah kerana Rita tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Ketika mula-mula pindah di sekolah tersebut, Rita agak janggal untuk menyesuaikan diri di sekolah tersebut kerana perbezaan budaya khususnya bahasa dan cuaca. Namun perlahan-lahan keadaan tersebut dapat diatasi sementelah Rita bersama kakak dan adik lelakinya juga turut tinggal bersamanya. Usai menamatkan sekolah rendah, Rita menyambung persekolahan peringkat menengah di Healing Comprehensive School, North East Lincolnshire. Latar akademik Rita tidak terhenti di situ, beliau menyambung pengajian peringkat diploma dalam bidang Fotografi dan Geografi di Franklin College (Grimsby). Selepas memikirkan minat dan keperluan pasaran kerja, Rita mengambil keputusan menyambung pengajian peringkat ijazah di Universiti Hull dalam bidang Pemasaran dan Pentadbiran. Ikuti Podcast Wawansabada Bahasa yang dibawakan khas oleh majalah Dewan Bahasa terbitan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP).