У нас вы можете посмотреть бесплатно Prasekolah Villa Perdana Menjadi Saksi : Sampai Jumpa Lagi, Cikgu Zulaikha dan Mama Dayah 💌 SKSPP или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Selamat maju jaya di tempat baharu buat Cikgu Zulaikha dan Mama Dayah 💗 Dimaklumkan bahawa Cikgu Zulaikha, Guru Prasekolah Villa Perdana SK Sri Pulai Perdana, akan berpindah tempat berkhidmat ke SK Abdullah, Daerah Tangkak bermula Januari 2026. Manakala Mama Dayah, Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah Villa Perdana, akan berpindah bertugas ke SK Kangkar Pulai 2 bermula Januari 2026. Sehubungan itu, Disember ini menjadi bulan terakhir mereka berkhidmat di Prasekolah Villa Perdana SK Sri Pulai Perdana. Bukan mudah untuk melepaskan insan yang telah menjadi sebahagian daripada rutin harian, tempat berkongsi lelah dan tawa, tempat membina kenangan manis dan pahit bersama. Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, komitmen dan keikhlasan, serta kenangan yang akan kekal terpahat dalam ingatan. Ada perpisahan yang datang tanpa sempat kita bersedia, bukan kerana hati mahu berjarak, tetapi kerana takdir menulis cerita yang berbeza. Berat hati ini bukan kerana pergi, tetapi kerana meninggalkan sebahagian diri di sini, di sudut-sudut prasekolah yang menyimpan terlalu banyak kenangan. Prasekolah ini pernah menjadi rumah, tempat kita berkongsi letih dan harapan, tempat tangan saling membantu dan hati saling memahami tanpa perlu banyak kata. Kita akan merindui pagi-pagi yang sibuk dan petang yang panjang, saat kita masih di sini, menyelesaikan tugasan yang tak pernah habis, menutup pintu prasekolah bersama dengan senyum yang keletihan tetapi ikhlas. Perpisahan ini bukan noktah, hanya satu koma dalam perjalanan. Kerana insya-Allah, walau berbeza tempat dan suasana, kita tetap bersama, selamanya, dengan cara yang Allah tentukan. Selamat maju jaya. Langkah mungkin berpisah, tetapi hati tetap tinggal di sini. Semoga urusan Cikgu Zulaikha dan Mama Dayah di tempat baharu dipermudahkan, diberkati setiap langkah, dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Insya-Allah kita akan tetap bersama untuk selamanya, cuma dalam suasana yang berbeza. ❤️ #secebiskenanganperpisahan #prasekolahskspp #prasekolahvillaperdana #prakulai #kenanganmanis #sksripulaiperdana2025 #selamatmajujaya