У нас вы можете посмотреть бесплатно LP47 Bahagian 2 | Jejak Seni Rosnani Jamil или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
DATO' HAJAH ROSNANI JAMIL : PERMATA LAYAR MELAYU Memperkenalkan Podcast Legasi; Sembang, Sambung!, sebuah rancangan audio siar yang diterajui oleh dua susuk besar industri hiburan negara, Adlin Aman Ramlie dan Dato’ Khairul Anwar Salleh. Tujuan podcast ini adalah untuk membina wacana industri seni tanah air disamping memikir-ulang era kemasyhuran filem negara ketika zaman P. Ramlee sedang bersinar Jika dalam bahagian pertama kita menyingkap langkah awal Rosnani Jamil di pentas dan layar, dalam sambungan kali ini kisahnya beralih kepada dunia pengarahan, penerbitan, serta perjuangan beliau mempertahankan martabat filem Melayu selepas era kegemilangan Jalan Ampas. Rosnani bukan sekadar saksi, tetapi juga pemain utama yang berani menempuh cabaran dalam dunia seni ketika peranan wanita masih terbatas. Setiap kisahnya membuka ruang untuk kita fahami bagaimana kekuatan, kecekalan dan cinta terhadap seni mampu membina legasi yang tidak lapuk dek zaman. Bahagian kedua ini adalah kesinambungan perjalanan seorang Srikandi Layar Melayu, yang ceritanya bukan sekadar memori, tetapi juga pedoman untuk generasi kini dan akan datang. Dari layar kaca ke layar talian, jangan lupa tekan butang suka, kongsi dan langgan! Ayuh Sembang dan Sambung Legasi! Sembang...biar berisi, biar ada solusi... Sambung...kalau bukan kita, siapa lagi? Dibawakan oleh Nusa Podcast dengan kerjasama Kementerian Komunikasi & Multimedia, Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC), FINAS serta Arkib Negara Malaysia. #Legasipodcast #Sembangsambung #Likesharesubscribefollow #FYP #RosnaniJamil #AdlinAmanRamlie #KhairulAnwarSalleh #nusapodcast #nusamedia #pramleetrilogy