У нас вы можете посмотреть бесплатно 'Kesabaran negara Teluk ada batasnya': Amaran Arab Saudi kepada Iran или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud, memberi amaran kepada Iran bahawa kesabaran terhadap serangan ke atas negaranya serta negara jiran di Teluk adalah terhad. Tegas beliau, pada sidang media pada Khamis 19 Mac, Arab Saudi dan negara Teluk lain mempunyai keupayaan yang sangat tinggi dan boleh digunakan sekiranya mereka memilih untuk berbuat demikian. Katanya, Iran merancang dengan teliti strategi untuk menyerang negara jiran serantau, walaupun dinafikan diplomat Tehran, dan menggesa Tehran segera menilai semula strateginya. Katanya beliau enggan menjelaskan apa yang akan atau tidak akan mencetuskan tindakan pertahanan oleh Kerajaan (Arab Saudi) kerana itu bukan pendekatan bijak untuk memberi isyarat kepada Iran. Namun, katanya adalah penting untuk Iran memahami bahawa kerajaan itu, rakan serantau yang turut diserang dan pihak lain juga boleh menggerakkan serangan balas sekiranya mereka memilih untuk berbuat demikian. Tambah beliau, kesabaran yang ditunjukkan bukan tiada hadnya dan negara yang terjejas mungkin tidak dapat bersabar lebih lama lagi. Amaran Putera Faisal itu menyusuli mesyuarat menteri luar dari negara Arab dan Islam di ibu negara Arab Saudi pada hari sama bagi membincangkan konflik yang semakin meluas di rantau itu. ----- #HMETRO #METROTV ▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my