У нас вы можете посмотреть бесплатно Pembatalan Perjanjian ART: Sahkan Secara Diplomatik, Parlimen Perlu Siasat Kelemahan или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Kami yang bertandatangan di bawah, iaitu Ahli-Ahli Parlimen PKR, mengalu-alukan kenyataan yang dibuat semalam oleh Menteri MITI, YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani, bahawa Perjanjian Perdagangan Timbal Balas atau ART yang telah ditandatangani antara Malaysia dan Amerika Syarikat kini telah terbatal. Walau bagaimanapun, sebagaimana gesaan kami sebelum ini termasuk dalam kenyataan media pada 23 Februari 2026, keseluruhan proses berhubung ART itu perlulah ditangani secara telus oleh kerajaan. Pada ketika ini, kenyataan Menteri MITI masih belum menjawab dan mengesahkan perkara-perkara berikut: Pertama, adakah Kerajaan Malaysia telah menulis secara rasmi kepada Kerajaan Amerika Syarikat menyatakan bahawa perjanjian ART telah terbatal secara muktamad? Kedua, sekiranya perkara tersebut telah berlaku, apakah maklum balas rasmi daripada Kerajaan Amerika Syarikat mengenai hasrat Kerajaan Malaysia itu? Adakah Kerajaan Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa perjanjian ART benar-benar telah terbatal? Ketiga, sekiranya Kerajaan Malaysia masih belum menulis dan belum ada apa-apa komunikasi rasmi mengenai perkara ini, apakah asas yang digunakan oleh kerajaan untuk membuat kesimpulan bahawa perjanjian ART telah pun terbatal? Oleh itu, kami mencadangkan supaya Kerajaan Malaysia menulis dan mengesahkan secara rasmi pembatalan ART, serta berusaha untuk mendapatkan persetujuan rasmi Kerajaan Amerika Syarikat bahawa perjanjian ART tersebut telah pun terbatal. Kami tidak mahu perkara ini tergantung, dan Malaysia boleh terdedah kepada pelbagai tafsiran terhadap perjanjian yang dibuat oleh Kerajaan Amerika Syarikat, lebih-lebih lagi sekiranya berlaku pertukaran pentadbiran kerajaan pada masa akan datang. Sehubungan itu, kami menyeru supaya Menteri MITI membuat kenyataan rasmi yang menjelaskan perkara-perkara di atas secepat mungkin, dan mengesahkan bahawa pembatalan perjanjian ART telah diikat secara rasmi melalui saluran diplomatik di antara kedua-dua negara. Pada masa yang sama, kita juga tidak boleh menutup kelemahan-kelemahan yang telah berlaku semasa perjanjian ART dirundingkan. Pandangan-pandangan yang menasihati kerajaan supaya tidak terburu-buru menandatangani perjanjian ini sehingga kes diputuskan terlebih dahulu di Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat telah diketepikan oleh kerajaan. Akhirnya, perjanjian yang ditandatangani dilihat sebagai berat sebelah, merugikan serta menjejaskan kedaulatan negara. Oleh itu, bagi memastikan bahawa kegagalan perjanjian perdagangan seperti ini tidak berulang pada masa hadapan, kami menyeru supaya: Siasatan dimulakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Perdagangan dan Hubungan Antarabangsa, yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen YB Wong Chen. Siasatan tersebut boleh meliputi perkara-perkara berikut: Pertama, memanggil individu-individu utama yang terlibat dalam penandatanganan ART, khususnya Tengku Zafrul, iaitu bekas Menteri MITI, untuk memberi keterangan di hadapan PSC. Kedua, meneliti langkah-langkah perlindungan yang lebih kukuh pada masa hadapan, termasuk memastikan bahawa semua perjanjian perdagangan disertakan dengan analisis kos-faedah yang komprehensif dan boleh diakses oleh rakyat Malaysia terlebih dahulu. Ketiga, memastikan bahawa semua perjanjian perdagangan pada masa hadapan memerlukan kelulusan undi Parlimen sebelum ditandatangani. Walaupun PSC telah bersidang sebelum ini mengenai perkara ini, terdapat kecenderungan segelintir pihak yang dipanggil untuk mengelak dan tidak hadir ke sesi pendengaran. Oleh itu, kami menyeru kepada semua pihak yang terlibat, apabila dipanggil untuk memberi keterangan, supaya menghormati kedudukan Parlimen dalam sistem demokrasi negara kita dan hadir ke sesi pendengaran apabila mereka dipanggil kelak. Kami juga ingin mengingatkan Kerajaan MADANI bahawa dasar perdagangan Malaysia yang sekian lama berpegang kepada prinsip berkecuali secara aktif, serta perdagangan bebas dan adil dengan semua negara, mestilah terus dihormati dan dipertahankan. Kita mesti terus mengelakkan daripada berpihak kepada mana-mana blok geopolitik dalam era persaingan perdagangan dan ekonomi yang semakin sengit di antara China dan Amerika Syarikat.