У нас вы можете посмотреть бесплатно AKHIRNYA DS ANWAR BERI KOMEN! ISU KEPUTUSAN PANAS ADDENDUM NAJIB RAZAK! или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kerajaan Madani berpegang teguh kepada prinsip penegakan hukum dan pengasingan kuasa susulan keputusan mahkamah berhubung isu titah Adendum membabitkan bekas perdana menteri, Najib Razak. "Maka, atas prinsip kedaulatan undang-undang, semua pihak wajar menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Hakim, termasuk ruang dan saluran perundangan yang masih tersedia untuk mengemukakan rayuan, selain kepada Yang di-Pertuan Agong, selaras dengan peruntukan undang-undang yang ada," katanya dalam kenyataan. Semalam, hakim Mahkamah Tinggi Alice Loke memutuskan bahawa perintah penahanan rumah oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini adalah tidak sah kerana ia mengabaikan keperluan perlembagaan untuk baginda mendapatkan nasihat Lembaga Pengampunan sebelum memberi pengampunan. Susulan keputusan itu, Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, memberi gambaran bahawa wujud campur tangan politik dalam penghakiman tersebut. Tanpa menyebut nama, Anwar hari ini menegaskan bahawa badan kehakiman mesti terus kekal bebas dan tidak dipengaruhi pihak luar. Anwar juga secara tersirat menegur DAP yang "meraikan" keputusan itu semalam sehingga mencetuskan kemarahan Umno dan desakan agar parti itu keluar daripada kerajaan. "Saya menyeru semua pihak agar menangani isu ini dengan penuh sabar dan bijaksana. "Sekalipun ada pihak yang memilih untuk tidak menzahirkan simpati kepada Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya, adalah tidak wajar untuk mengeruhkan suasana atau menambah ketegangan dalam keadaan yang sensitif ini," kata Anwar. Kenyataan Anwar itu senada dengan pemimpin PKR lain yang menegur DAP dan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, yang semalam berkata keputusan mahkamah menolak permohonan Najib menjalani tahanan rumah adalah “satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun”. Sumber Berita 1. https://www.malaysiakini.com/news/764084 2. https://www.malaysiakini.com/news/764067 Join this channel to get access to perks: / @oraitnopochannel