У нас вы можете посмотреть бесплатно Ucapan Anwar Ibrahim ketika meluncurkan CD:NXT oleh CelcomDigi. (26.8.25) или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Hadir ke CelcomDigi Hub untuk melancarkan CD:NXT, inisiatif penting oleh CelcomDigi dalam membangunkan bakat muda berkualiti tinggi dalam bidang digital dan teknologi moden, khususnya dalam kecerdasan buatan (AI). Saya amat menghargai komitmen CelcomDigi yang memperuntukkan RM100 juta untuk menjayakan program ini, yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 5,000 penerima. Model sebegini wajar dicontohi oleh lebih banyak syarikat tempatan dalam usaha membentuk generasi muda yang kompeten, celik teknologi dan bersedia memimpin masa depan negara. Dalam ucapan saya, saya tegaskan bahawa segala perubahan melibatkan teknologi baharu, transformasi digital, peralihan tenaga serta Grid Kuasa ASEAN (APG) adalah titik-titik perkembangan penting ke arah menaikkan siling pertumbuhan ekonomi negara. Namun begitu, manfaat daripada perubahan ini mesti dapat dirasai dan dinikmati oleh seluruh masyarakat, khususnya golongan belia yang merupakan pewaris masa depan negara. Sehubungan itu, penyediaan silibus yang komprehensif dan menyeluruh amat penting, agar belia dilengkapi bukan sahaja dengan pengetahuan teknologi moden, tetapi juga tetap berpaksikan kepada akar budaya dan jati diri bangsa. Transformasi masa depan harus seiring dengan nilai-nilai Malaysia MADANI.