У нас вы можете посмотреть бесплатно [HADITH] Sesi 1 - 99 usul utk mengenal pasti hadis Dha'if & Maudhu' или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
DOWNLOAD EBOOK - http://tinyurl.com/y9xv2uk3 https://darulkautsar.wordpress.com/ KAJIAN HADIS: 99 Usul Dirayah untuk mengenal pasti hadis-hadis Dhaif dan Maudhu' - Sesi 1 (23 Ogos 2008) Oleh Maulana Mohd Asri Yusoff Senarai 61 Usul Hadis Maudhu' (yang dibincangkan dalam Siri 1 - sambungan sehingga 99 usul dalam siri 2 - • [HADITH] Sesi 2 - 99 usul utk mengenal pas... ): 1. Riwayat yang tidak sesuai dengan kedudukan Nabi s.a.w dan meng`aibkan Baginda. 2. Riwayat yang bercanggah dengan kenyataan dan pengalaman manusia. 3. Mengemukakan sesuatu yang tak masuk `aqal untuk menarik perhatian orang ramai. 4. Janji pahala besar kerana sesuatu `amalan yang kecil dan remeh-temeh. 5. Janji hukuman yang berat atau `azab yang besar kerana kesalahan yang kecil. 6. Hadits yang menyatakan kelebihan minyak tertentu. 7. Hadits yang menyatakan kelebihan bunga-bunga tertentu. 8. Kelebihan membela burung merpati atau ayam. 9. Semua riwayat tentang larangan menebang pokok bidara adalah maudhu` kecuali satu hadits 10. Hadits tentang kelebihan inai semuanya dha`if atau maudhu` kecuali hadits yang menganjurkan supaya berkhidhab dengan inai dan katam dan hadits berikut... 11. Riwayat tentang Nabi s.a.w mandi di dalam bilik mandi air panas dan melumurkan kapur untuk menghilangkan bulu-bulu di tubuh Baginda s.a.w. 12. Bercanggah dengan riwayat yang sahih lagi sharih. 13. Bercanggah dengan ayat Al-Qur'an yang terang. 14. Bercanggah dengan `aqal yang sihat dan sejahtera. 15. Hadits-hadits yang menyebut `Aishah dengan Humaira' kebanyakannya maudhu` atau dha`if kecuali satu hadith 16. Hadits-hadits yang bermula dengan seruan يا علي maudhu` semuanya melainkan satu hadits 17. Ucapan yang tidak layak dikeluarkan oleh Nabi-nabi a.s 18. Peristiwa yang sepatutnya diriwayatkan oleh ramai orang tetapi hanya diriwayatkan seorang sahaja 19. Hadits yang menunjukkan kefardhuan sesuatu atau kepentingannya tetapi ia hanya diriwayatkan oleh seorang sahaja perawi. 20. Hadits yang menyebutkan secara jelas tarikh atau tahun sesuatu peristiwa yang akan berlaku 21. Hadits yang menyatakan kelebihan mana-mana tempat selain Mekah dan Madinah 22. Hadits yang menyatakan kelebihan mana-mana masjid selain Masjidil Haram, Masjid Nabi s.a.w, Masjid Aqsa dan Masjid Quba' 23. Riwayat yang menyatakan tentang kubur seseorang Nabi selain Nabi kita Muhammad s.a.w, terletak di sesuatu tempat dengan pasti 24. Riwayat yang menyatakan tentang`aqal semuanya dusta. 25. Riwayat yang menyatakan Nabi Ilyas dan Khadhir masih hidup 26. Riwayat yang menyebutkan tentang sembahyang sunat dengan kaifiat tertentu pada setiap hari dalam seminggu 27. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan bulan Rejab dan kelebihan berpuasa Rejab 28. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan sembahyang tertentu seperti sembahyang Ragha'ib pada bulan Rejab. 29. Riwayat kelebihan sembahyang tertentu pada malam Nisfu Sya`ban semuanya maudhu`. 30. Kelemahan dan kejelekan dari segi lafaz atau ma`na atau kedua-duanya 31. Riwayat yang mengandungi celaan terhadap mana-mana bangsa atau kaum 32. Riwayat yang menyebutkan dengan jelas tentang abad akan berlakunya hari qiamat 33. Hadits yang menyebutkan bulan atau hari tertentu sebagai bulan atau hari nahas 34. Hadits yang memuji atau mencela orang-orang yang dikasi 35. Hadits yang menyebutkan tentang fadhilat menziarahi kubur Nabi kita Muhammad s.a.w 36. Terdapatnya bukti-bukti menunjukkan kepalsuannya 37. Hadits yang mengandungi celaan terhadap anak-anak atau generasi kemudian. 38. Hadits yang menyebutkan tentang kelebihan permata-permata tertentu 39. Hadits yang menyebutkan tentang peperangan dengan golongan jin 40. Hadits yang menyebutkan perihal kelahiran Nabi s.a.w. 41. Hadits yang menyebutkan secara terperinci kelebihan setiap surah di dalam Al-Qur'an adalah maudhu` kecuali satu. 42. Hadits yang memuji atau mencela mana-mana imam empat mazhab 43. Hadits yang mencela sahabat Nabi s.a.w 44. Hadits yang memuji kehidupan membujang 45. Hadits yang mencela anak zina 46. Hadits tentang penurunan `ilmu tariqat atau haqiqat daripada Nabi s.a.w kepada orang-orang tertentu. 47. Hadits yang menyebutkan tentang `ilmu batin Saiyyidina `Ali 48. Riwayat daripada seseorang perawi Khariji atau Nashibi tentang keburukan Saiyyidina `Ali 49. Riwayat daripada seseorang perawi Syi`ah tentang kelebihan Saiyyidina `Ali 50. Riwayat perawi ahli bid`ah yang menyokong bid`ahnya 51. Riwayat ahli cerita kebanyakannya adalah dusta. 52. Ada orang yang sudah mati di dalam riwayat tersebut 53. Riwayat perawi pendusta atau dituduh pendusta 54. Perawi zindiq, tidak berugama atau fasiq 55 & 56 Perawi dhaif bercanggah dengan perawi kuat 57. Riwayat keluarga tertentu diampunkan pada hari qiamat 58. Hadits yang mengaitkan manusia dengan ibu-ibu mereka apabila dipanggil pada hari qiamat 59. Hadits yang memuji atau mencela bijirin, kekacang atau sayur-sayuran 60. Hadits yang menyebutkan tentang khilafah (pemerintahan) Bani `Abbas. 61. Hadits yang mencela Bani Umayyah.