У нас вы можете посмотреть бесплатно TULAR VIDEO PENDUDUK HALAU KOMUNITI ROHINGYA SELEPAS KES BVNVH DI KAMPUNG PANDAN или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
TULAR VIDEO PENDUDUK HALAU KOMUNITI ROHINGYA SELEPAS KES BVNVH DI KAMPUNG PANDAN Sebuah klip video yang tular di media sosial menunjukkan beberapa penduduk di Kampung Pandan mengusir sekumpulan individu dipercayai etnik Rohingya dari kawasan perumahan mereka. Dalam rakaman berdurasi hampir seminit itu, beberapa lelaki kedengaran menjerit sambil mengarahkan kumpulan berkenaan meninggalkan kawasan tersebut dengan nada tegas. Tindakan itu difahamkan ada kaitan dengan kematian seorang pemuda tempatan berusia 22 tahun yang dilaporkan mengalami kecederaan serius sebelum menghembuskan nafas terakhir di hospital. Terdahulu, dua lelaki warga Myanmar ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes kematian mangsa di Lorong 5, Kampung Pandan. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, mangsa ditemukan terbaring di atas jalan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan pendarahan di kepala serta luka di tangan. Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. Susulan laporan kejadian itu, kedua-dua suspek ditahan dan direman tiga hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.