У нас вы можете посмотреть бесплатно Perbarisan Tamat Latihan Asas Konstabel Polis Siri 2 Tahun 2022 PULAPOL Segamat Yang Dihadiri или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Salam sejahtera, Paparan kali ini tentang perbarisan tamat latihan konstabel Polis Siri 2 Tahun 2022 yang berlangsung pada 26 November 2022 di PULAPOL Segamat. Semoga memberi manfaat. "CABARAN SEBENAR DALAM KERJAYA, MASIH BELUM BERMULA... " YDH CP DATUK ZAINI BIN JASS PERBARISAN SEMPENA TAMAT LATIHAN PROGRAM LATIHAN ASAS KEPOLISAN (KONSTABEL) PULAPOL SEGAMAT BIL. 49 SIRI 2/2022 SEGAMAT, 26 November 2022 - Seramai 395 orang pelatih konstabel daripada Program Latihan Asas Kepolisan Konstabel Bil. 49 Siri 2/2022 yang bakal diserapkan di dalam Perkhidmatan PDRM telah menjalani latihan bermula pada 29 Mei 2022 dan menamatkan latihan secara rasminya pada hari ini. Memetik kata-kata YDH Datuk Pengarah Pengurusan kepada para pelatih dalam ucapan beliau sempena Majlis perasmian Tamat Latihan ini, “Menahan kepanasan padang kawad, menjulang senjata M16, ditambah dengan Peperiksaan Undang-undang Pasukan selama tempoh enam (6) bulan ini merupakan langkah pertama kamu memasuki dunia kepolisan. Cabaran atau ujian sebenar bermula sebaik sahaja kamu menjejakkan kaki ke formasi di mana kamu semua diarahkan bertugas kelak”. YDH CP Datuk Zaini bin Jass, Pengarah Pengurusan dan isteri YBhg. Datin Hjh. Hairiah binti Hj. Mohd Tahir berasa amat bangga dan menzahirkan ucapan setinggi tahniah kepada para pelatih atas komitmen dan kesungguhan yang telah ditunjukkan selama menjadi seorang pelatih sehinggalah berjaya ditauliahkan sebagai seorang Pegawai Polis. Beliau turut menasihati para pelatih agar berpeganglah kepada peribahasa “Tidak memandang bulu, tidak melihat rupa” semasa menjalankan amanah yang telah diberikan. Jangan sesekali berlaku tidak adil kepada sesiapa walaupun berbeza bangsa, agama, dan kedudukan sosial. Nasihat beliau sebagai seorang ketua dan juga seorang bapa agar junjunglah agama, berbaktilah kepada bangsa dan negara dengan penuh iltizam. Tidak mempersoalkan apakah yang Pasukan dan Negara telah berikan, sebaliknya tanya pada diri, apakah sumbangan yang telah diberikan kepada Pasukan dan Negara.