У нас вы можете посмотреть бесплатно MUZIK TARIAN TRADISIONAL SABAH | SUMAZAU | ETNIK KADAZAN DUSUN | PENAMPANG или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Sumazau berasal daripada kata akar “Sazau" yang bermaksud lompatan. Pada asalnya, tarian dari suku kaum Kadazandusun Penampang ini, bermula dengan lompatan kecil mengikut cara pergerakan unggas yang berjalan di atas tanah. Ragam gerak Sumazau yang menyerupai pergerakan burung pula berkait rapat dengan kepercayaan masa silam etnik Kadazan. Mereke percaya bahawa roh Kinomulok iaitu Dewi yang dikorbankan telah menjelma dalam bentuk Bambarayon (semangat padi). Bambarayon ini adalah sejenis burung Layang-Layang yang berjambul dan tidak memakan padi, malah sering dilihat berterbangan di sekitar kawasan sawah padi. Tarian ini juga mempunyai fungsi ritual yang berkait rapat dengan kepercayaan animisme masyarakat Kadazan. Tarian ini kebiasaannya ditarikan dalam upacara ritual pengubatan, kesuburan dan sebagai hiburan bagi orang Kadazan. Tarian ini juga dikenali sebagai tarian rakyat kerana telah diamalkan sejak mereka mengamalkan kepercayaan animisme sehingga tarian ini diwarisi secara turun-temurun dari generasi ke generasi yang lain. Selain itu, tarian ini berkait rapat dengan salah satu upacara ritual yang dikenali sebagai " Magavau". Magavau merupakan upacara untuk semangat dan roh di alam sekeliling. Tambahan lagi, Magavau sering dijalankan pada setiap bulan Mac dan diikuti dengan paluan gong sebagai simbol kesyukuran. Bobohizan akan memegang sebilah pedang yang melambang kan kekuatan upacara yang dijalankan. Namun, pada masa kini tarian Sumazau tidak hanya dikaitkan dengan upacara ritual tetapi juga berfungsi sebagai hiburan.