У нас вы можете посмотреть бесплатно Pegawai APM didakwa dapatkan suapan или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Penolong Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di Kangar pada 17 Disember atas pertuduhan menyalahgunakan jawatan untuk mendapatkan suapan bagi meluluskan perolehan perkhidmatan makanan dan minum berjumlah lebih RM7,000 atas nama syarikat milik isterinya di Kangar pada 2016. Tertuduh, Mohd Ruhaizul Md Isa @ Mansor, 45, yang pernah bertugas di APM Perlis hanya mengangguk faham dan minta untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi. Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Ruhaizul yang ketika itu bertugas sebagai Penolong Pegawai Pertahanan Awam Negeri Perlis didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi pihak isterinya yang berusia 45 tahun dengan mengambil tindakan meluluskan pesanan kerajaan dan memperakukan baucer bayaran atas nama Syarikat Sinar Rizki Barakah Resources milik isteri tertuduh. Oleh hal demikian, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) Akta SPRM 2009 di mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi. Nu'aman kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap Mohd Ruhaizul manakala 19 Januari hadapan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes. ----- #HMETRO #METROTV ▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my