У нас вы можете посмотреть бесплатно 𝗔𝗧𝗠 𝗛𝗜𝗚𝗛𝗟𝗜𝗚𝗛𝗧: 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗞𝗘 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗠𝗘𝗥𝗣𝗔𝗧𝗜 𝗦𝗘𝗞𝗧𝗢𝗥 𝟭 или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
JOHOR, 1 Mac 26 – Dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman telah melaksanakan lawatan operasi ulung beliau ke kawasan operasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Johor bagi mendekati warga ATM yang sedang melaksanakan tugas di barisan hadapan perbatasan negara. Kehadiran beliau bukan sekadar lawatan rasmi, malah mencerminkan pendekatan kepimpinan menyeluruh serta komitmen tertinggi ATM dalam memastikan tahap kesiapsiagaan operasi sentiasa berada pada tahap optimum, walaupun dalam bulan Ramadan. Di sebalik kesunyian sempadan dan berjauhan daripada keluarga tercinta menjelang Syawal, anggota terus teguh menggalas amanah mempertahankan kedaulatan negara. Lebih 6,000 pegawai dan anggota ATM kini melaksanakan pelbagai operasi di dalam negara melibatkan rondaan sempadan darat, pemantauan perairan negara dan pengawasan ruang udara. Selain itu, terdapat juga penugasan di luar negara sebagai pemerhati dan pasukan pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sepanjang lawatan, PAT berkesempatan menyantuni anggota ATM yang sedang bertugas, termasuk meninjau beberapa pos kawalan. Beliau turut menyampaikan sumbangan beg Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda ingatan dan penghargaan buat warga perbatasan yang terus setia berkhidmat demi negara. PAT turut bersama anggota berbuka puasa dalam suasana penuh ukhwah dan kesederhanaan, diikuti solat berjemaah, solat tarawih serta kemudiannya bersahur bersama anggota. Momen tersebut memperlihatkan kesatuan hati dan semangat setiakawan yang kukuh dalam satu saf perjuangan. Lawatan operasi ini juga selari dengan tonggak pertama, keempat dan kelima dalam Perintah Ulung PAT yang diterbitkan pada 16 Feb lalu, iaitu “Warga Berakhlak Tinggi, Tersemai Iman di Sanubari”, “Keutuhan Angkatan, Kesiapsiagaan Menyeluruh” serta “Cakna Anggota, Keluarga dan Veteran ATM, Berpisah Tiada. Dalam konteks Ramadan, pengukuhan spiritual dan nilai integriti menjadi asas penting dalam membina ketahanan dalaman anggota ketika memikul amanah negara dalam keadaan mencabar. Dalam ucapannya di sana, beliau menegaskan supaya amanah yang dipikul perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan tanah air. Beliau juga turut menzahirkan penghargaan atas komitmen anggota susulan daripada kejayaan melaksanakan penahanan pendatang asing tanpa izin baru-baru ini. Lawatan ini bukan sahaja menyuntik moral dan semangat juang warga operasi, malah memperkukuh ikatan antara kepimpinan dan anggota di lapangan, sekali gus membuktikan bahawa setiap pengorbanan tidak pernah dipandang sepi. Turut hadir, Panglima 3 Div, Mejar Jeneral Hj Sani bin S. Omar; Panglima 7 Briged, Brigedier Jeneral Zulhelmi bin Masdar dan Sarjan Mejar Rejimen ATM, PW I Shahamrie bin Abdullah. Gambar & Berita: BRKSP. #ATMBangkit #AkhlakTerasTatakelolaTuntasMartabatTempur #AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara