У нас вы можете посмотреть бесплатно Kisah Sebenar Disebalik Komik Alam Perwira или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Kisah Sebenar Disebalik Komik Alam Perwira Bagi generasi yang lahir tahun 80-an dan 90-an, nama pelukis komik terkenal Hong Kong - Tony Wong memang tidak asing lagi. Tony Wong mula terkenal di Malaysia dengan penerbitan komik terbitan tidak rasmi berjudul 'Singa Ganas', sebelum syarikat penerbitan Malaysia membeli hak penerbitan beberpapa judul komiknya untuk diterbitkan dalam versi mingguan. Namun siri komik beliau yang betul-betul meletup sudah pastilah tak lain dan tak bukan siri legenda 'Alam Perwira', yang memaparkan corak lukisan baru Tony Wong serta jalan cerita yang sangat mengasyikkan untuk diikuti. Tahukah anda sejarah sebenar di sebalik komik klasik ini? 'Alam Perwira' bukan komik fiksyen semata-mata Siri 'Alam Perwira' menampilkan kisah seorang kanak-kanak bernama Ji Fat yang dipercayai akan mengubah China, disebabkan oleh petanda-petanda yang wujud semasa detik kelahirannya. Membaca komik ini, anda akan melalui semua pengalaman yang ditempuhi Ji Fat sejak dia bayi sehinggalah dia naik menjadi maharaja China, memulakan dinasti baru pemerintahan yang megah. Unsur-unsur fiksyen sudah pastilah menjadi ramuan utama komik khasnya apabila melibatkan elemen seperti identiti watak dan seni pertahanan diri yang diamalkan serta jalan ceritanya. Bagaimanapun, tunjang kisab 'Alam Perwira' sebenarnya datang daripada tiga tokoh besar dalam sejarah era Dinasti China. Siapakah Maharaja Zhou? Watak penjahat utama siri 'Alam Perwira' adalah seorang maharaja China bernama Maharaja Zhou. Digambarkan sebagai seorang raja berbadan sasa dan gemar berpoya-poya dengan wanita, Zhou licik serta tidak takut untuk mempergunakan kuasanya demi memastikan dia dapat apa yang dia inginkan. Identiti Maharaja Zhou memang diambil berdasarkan kepada sifat sebenar Maharaja Zhou dalam sejarah. Raja Zhou merupaman raja terakhir Dinasti Shang di China mempunyai janggut tebal, tegap dan bijaksana. Nama asalnya pula adalah Di Xin,menggunakan nama Zhou selepas menaiki takhta. Dia terkenal sebagai seorang yang panas baran dan kejam, khasnya apabila dia berusaha ingin menghiburkan isterinya yang dikatakan agak sadis bernana Da Ji. Zhou semasa pemerintahannya kerap kali mengabaikan tanggungjawab memerintah, sebaliknya gemar menganjurkan parti-parti seks liar bersama dayang-dayang istana. Bukti kekejaman Zhou Salah satu simbol kekejaman utama Zhou adalah kaedah hukuman yang dinamakan sebagai 'paolao zhi xing' atau 'tiang terbakar', di mana tiang atau bekas berlohong yang diperbuat daripada gangsa akan diisi dengan arang panas. Mana-mana mangsa bernasib malang akan dikenakan hukuman sama ada berjalan di atas tiang/bekas tersebut sampai mati. Kekejaman pasangan suami isteri itu cuba dihentikan oleh sanak-saudara mereka, namun Zhou dan Da Ji tidak gentar untuk membunuh sesiapa saja yang berani membantah mereka - tak kiralah ada pertalian darah sekalipun. Raja Zhou yang lahir pada tahun 1105BC/SM memerintah China selama 29 tahun sebelum dijatuhkan oleh tentera Dinasti Zhou (ejaan sama, sebutan berbeza - lebih kepada 'Chou') di bawah kelolaan panglima tentera terulung mereka, Jiang Ziya. Di dalam komik 'Alam Perwira', Jiang Ziya dinamakan sebagai Tok Jiang, seorang tua yang gemar memancing yang lucu. Watak itu diasaskan kepada salah seorang tokoh paling dihormati sejarah China. Nasib anak beranak Ji Chang, Ji Fat dan Ji Kao Hubungan utama yang menjadi asas penceritaan 'Alam Perwira' adalah watak tiga anak beranak. Si ayahnya Duke Ji Chang sementara dua anaknya Ji Kao dan Ji Fat. Ketiga-tiganya juga dibentuk daripada tokoh sejarah sebenar China. Kita mulakan dengan Duke Ji Chang terlebih dahulu. Dalam sejarah China, Ji Chang yang memang nama sebenarnya lebih terkenal dengan nama panggilannya Raja Wen, nama yang digunakan selepas dia dinaikkan takhta mentadbir sebuah estet kecil semasa era pemerintahan Maharaja Zhou. Ji Changmewarisi estet tersebut selepas kedua ibu bapanya dibunuh salah seorang raja dalam Dinasti Shang, menyebabkan beliau perlu mentadbir sejak muda. Konflik antara Maharaja Zhou dan Ji Chang mula tercetus selepas pengaruh Wen meningkat naik, mengakibatkan Ji Chang ditangkap bimbang dia akan mengancam kedudukan dinasti tersebut. Usaha membebaskan Ji Chang dikepalai anak sulungnya, Jikao yang pergi menghadap Raja Zhou untuk memohon pelepasan ayahnya. Malangnya, Raja Zhou bertindak gila membunuh Jikao sebelum melumatkan daging pemuda tersebut. Daging yang sudah dilumatkan itu dijadikan bahan kandungan kuih yang akhirnya dijamu secara paksa kepada Ji Chang dalam penjara.