У нас вы можете посмотреть бесплатно Majlis Perluncuran Pembangunan Prasarana Awam Semenyih - Ucapan Anwar Ibrahim или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Tanggungjawab kita sebagai Kerajaan bukan sekadar menjalankan amanah, tetapi memacu perubahan yang nyata demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negara yang lebih gemilang. Setiap dasar, setiap inisiatif, dan setiap projek yang dilaksanakan haruslah bersasar kepada kepentingan rakyat, agar kehidupan mereka lebih selesa, peluang lebih adil, dan harapan kepada masa depan lebih cerah. Perkara ini saya tekankan secara khusus semasa pelancaran Pembangunan Prasarana Awam Semenyih, satu langkah penting dalam usaha memodenkan prasarana dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat. Projek yang akan dijalankan di sini ialah pembinaan jalan pintas dan juga tapak kubur awam yang akan membantu meningkatkan mutu kehidupan dan memberi kelegaan kepada penduduk setempat. Justeru, saya mengingatkan semua pihak, termasuk Kerajaan Negeri, supaya terus melipatgandakan usaha dan komitmen bagi memastikan perubahan ini dapat dirasai setiap lapisan rakyat, tanpa mengira latar belakang agar mereka dapat menikmati limpahan arus pembangunan, peluang yang lebih luas, dan kehidupan yang lebih bermakna.