У нас вы можете посмотреть бесплатно Masjid Ar-Rahah, Bangsar South, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur (4k Video) или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Masjid Ar-Rahah, Bangsar South, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur Terletak di tengah-tengah hutan batu Bangsar South atau nama asalnya Kampung Kerinchi, Masjid Ar-Rahah yang mula beroperasi sejak 2012 membuka ruang kepada warga kerja di kawasan itu melakukan ibadat terutama solat Jumaat dan berjemaah lima waktu. Walaupun tanpa kariah kerana dikelilingi bangunan pejabat, masjid yang mampu memuatkan 2,500 jemaah pada satu-satu masa itu menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti agama kepada jemaah termasuk penduduk Rumah Pangsa Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam. Sebelum pembinaan masjid ini, kawasan berbukit ini merupakan penempatan setinggan Kampung Kerinchi. Namun selepas lebih sedekad, kawasan itu berubah wajah menjadi bandar yang pesat membangun dengan pelbagai kemudahan serta bangunan pencakar langit. Masjid dibina anak bongsu Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Datuk Seri Mohamed Nazir itu dinamakan sempena nama ibu kesayangannya, Tun Rahah Mohammad Noah. Beliau menyumbangkan dana berjumlah RM10.6 juta untuk membina masjid di atas tapak seluas 1.7 hektar. Masjid tiga tingkat ini mempunyai kemudahan seperti bilik pengurusan jenazah, bilik wuduk, dewan serba guna, tandas orang kelainan upaya (OKU), bilik tetamu khas, sudut bacaan, ruang persalinan bayi dan dapur. Mengambil ilham dari seni bina Uzbekistan yang banyak menggunakan motif ukiran bunga dan geometri, Masjid Ar-Rahah juga aktif menganjurkan pelbagai majlis ilmu dan kelas agama untuk jemaah. Pembinaan bermula masjid ini bermula pada 14 April 2010 dan siap sepenuhnya pada Oktober 2012, sebelum dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 21 Oktober 2016. Bagi memudahkan golongan yang bekerja, lazimnya aktiviti seperti kelas agama dan majlis sambutan hari kebesaran Islam diadakan pada malam Jumaat. Sementara menunggu kesesakan lalu lintas lega, jemaah selalunya beriktikaf di masjid dan hanya pulang selepas solat Isyak. #malaysia #fawwazmedia --------------------- Reaching The Sky (Long Version) by Alexander Nakarada | https://www.serpentsoundstudios.com Music promoted by https://www.chosic.com/free-music/all/ Attribution 4.0 International (CC BY 4.0) https://creativecommons.org/licenses/...