У нас вы можете посмотреть бесплатно Ucapan Anwar Ibrahim ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Residensi Rakyat Harmoni, BJ. (15.2.25) или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Sewaktu hadir merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Program Residensi Rakyat Harmoni MADANI Bestari Jaya, saya maklumkan hadirin bahawa bab pendidikan, kesihatan dan perumahan masih menjadi agenda penting Kerajaan MADANI demi kesejahteraan rakyat. Kerajaan tidak berlapang dada dan berada dalam zon selesa, sebaliknya usaha membantu pihak dan golongan yang memerlukan, tanpa mengira latar belakang kaum dan agama, masih perlu terus dilakukan dan dilipatgandakan lagi. Program hari ini adalah contoh bahawa nasib rakyat yang memerlukan, seperti pekerja estet, tetap menjadi jadual penting kerajaan bagi menaiktaraf kehidupan mereka ke tahap lebih baik dan selesa lagi. Justeru, saya percaya prakarsa ini boleh diperluaskan lagi dan menjadi contoh kepada projek perumahan lain dalam mengangkat serta menjulang kebajikan rakyat negara ini. PRR Harmoni MADANI Bestari Jaya merupakan projek kerjasama antara Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kerajaan Negeri Selangor, Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Berjaya Corporation Berhad (BCB). Kos pembangunan keseluruhan berjumlah RM75 juta, melibatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM40 juta dan Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM35 juta. Tapak tanah berkeluasan 20 ekar tersebut disediakan secara percuma oleh Syarikat Berjaya Corporation Berhad (BCB), manakala PR1MA dilantik sebagai agensi pelaksana bertanggungjawab merealisasikan projek berkenaan.