У нас вы можете посмотреть бесплатно EKSKLUSIF: MELISSA KEMBALI DENGAN ANGGOTA ASAL или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
JOHOR BHARU 28 Jun 2025 – Gandingan empat anggota kumpulan Melissa iaitu Mohamed Ali (Aliff) Fariz Ahmad (Fareez Undertaker) Mohamed Nor Razak (Ajak Melissa) Samsul Kamal Bin Mohd.Zain (Ancoy) yang begitu popular dengan lagu Cinta Untuk Nabila. Melalui kemunculan album Melissa yang pertama Pendirian tahun 1990, Kami Mat Rock tahun 1991, Mistik tahun 1993. Sehingga tahun 2025 ini kumpulan ini telah pun menjangkau usianya yang ke 35 tahun. Sempena ulang tahun Melissa yang ke 35 ini, keempat-empat anggotanya yang masih kekal relevan hingga ke saat ini iaitu Aliff, Fareez, Ajak dan Ancoy akan mengadakan satu konsert ulang tahun GEGAR BUMI SELATAN 35 TAHUN ANNIVERSARY MELISSA. Kumpulan Melissa Band sebuah band yang ditubuhkan oleh Ajak Melissa pada tahun 2023, turut menampilkan Black Melissa Band sebagai drummer dan Kyoji Sky sebagai gitaris / keyboard undangan untuk meneruskan legasi Melissa. Melissa band juga turut diundang secara rasminya sebagai satu penghormatan oleh pihak penganjur konsert Aliffbumirock Production & Island Hous bergabung di satu pentas bersama Melissa untuk konsert yang akan diadakan di selatan tanah air bertempat di The Colosseum Rooftop City Plaza Johor Bharu pada 28 Jun 2025 bersamaan hari Sabtu, jam 9.00 malam. 1 / 3 Konsert ulang tahun yang ke 35 ini akan membawakan lagu-lagu dari kesemua album Melissa. Kumpulan Spellbound dari selatan tanah air & kumpulan Ozon dari utara tanah air juga turut dijemput untuk pembuka tirai untuk konsert ini. Konsert GEGAR BUMI SELATAN 35 TAHUN ANNIVERSARY MELISSA adalah sebuah konsert sempena ulang tahun kumpulan Melissa yang ke 35 tahun sejak ditubuhkan pada tahun 1990 yang lalu. Konsert GEGAR BUMI SELATAN 35 TAHUN ANNIVERSARY MELISSA adalah perayaan yang sangat dinantikan oleh para penggemar setia Melissa di dalam menandakan ulang tahunnya yang ke-35 pada tahun ini dengan harapan Melissa juga akan menjadikan sebuah sebuah kumpulan rock yang bakal tak akan dilupakan kerana kumpulan ini memiliki sejarah perjalanannya yang tersendiri. Konsert ini akan menampilkan muzik rock yang penuh warna-warni dari pelbagai genre seperti rock and roll, hard rock, heavy metal, ballad rock, slow rock, blues rock yang selama ini dibawa sebagai konsep muzik Melissa. Antara lagu-lagu popular Kumpulan Melissa, Pendirian, Bencana, Cinta Untuk Nabila, dari Album pertama berjudul Pendirian. Memikat Cahaya, dari Album kedua berjudul Kami Mat Rock. Puteri Nagasari, Takdir Sebuah Cinta, Mistik, Grunch, Laduni, Sensitif, Boneka Kaca, dari Album ketiga berjudul Mistik. Coronavirus, antara lagu dirakam kembali oleh Melissa Band. Keseluruhan konsert dijangka mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit sehingga 2 jam 45 minit dengan dua buah band undangan Spellbound dan Ozon juga persembahan 16 lagu tanpa henti dari Melissa. Dengan struktur pentas yang spektakuler lokasi di atas bumbung bangunan yang tidak terkurung dapat menghirup udara segar sambil menikmati dendangan dari pemuzik otai, konsert ini bakal menggegar pentas dan hati semua penonton yang hadir. Tidak diragukan konsert ini bakal menjadi salah satu kenangan bersejarah dan sorotan utama dalam kalender muzik rock melayu tanah air kerana konsert ini tidak hanya sekadar hiburan, walaupun sesetengah berpendapat ianya muzik rock ketinggalan zaman. Hakikatnya ia bakal menjadi bahan rujukan tentang sejarah2 / 3 tentang satu fenomena kegemilangan muzik rock di Malaysia yang lebih dikenali dengan panggilan muzik rock kapak era 90'an. “Lagu-lagu kumpulan Melissa sememangnya kekal relevan dan ‘evergreen’ sepanjang zaman. Oleh itu, kami berasa Melissa amat berbesar hati menjayakan konsert pertama kali sejak 35 tahun kumpulan ini ditubuhkan buat peminat-peminat muzik tanah air yang sudah pasti terdiri daripada semua lapisan masyarakat.” #besihitam #melissa #trending