У нас вы можете посмотреть бесплатно Pelombong popularkan limau Tambun или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Lebih 80 tahun lalu Tambun di Ipoh, Perak antara kawasan untuk aktiviti perlombongan bijih dengan kedatangan pelombong China. Secara tidak langsung, kedatangan pelombong itu turut membawa identiti baharu kepada pekan kecil di bandaraya Ipoh apabila mereka turut menanam beberapa pokok limau bali di sekitar kawasan berkenaan. Dek kerana keistimewaan buah itu dari segi rasa dan kesesuaian tanah di Tambun menjadikan ia banyak ditanam di pekan kecil itu sehingga kini. Sehingga kini, Tambun menjadi pengeluar utama limau bali dan buahnya juga terkenal di seluruh pelosok tanah air dengan rasa dan kualiti yang lebih baik berbanding di tempat lain, sekali gus ia dikenali sebagai limau Tambun. Pemilik Gochin Tambun Pomelo Agro Farm, Tan Swee Kong, 54, berkata, ladangnya seluas lebih 1.2 hektar dengan 80 pokok limau bali menjadi tumpuan pelancong selepas ramai pelanggannya berminat dengan tanaman itu sejak 15 tahun lalu. Beliau menampilkan konsep ladang dalam taman sambil berkongsi ilmu pertanian bersama pelancong yang datang ke ladangnya dan mereka juga boleh membeli buah terus serta menikmatinya di ladang. ------------------------------------------------------------------------- #HMETRO #METROTV ▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my ▪️ Telegram https://t.me/hmetro ▪️ FB / harianmetro ▪️ Twitter / hmetromy ▪️ Instagram / hmetromy ▪️ TikTok / hmetromy