У нас вы можете посмотреть бесплатно Salahkah Andai Kita Tidak Bersemangat Dengan Ramadan? или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Kita hari ini dikelilingi 'kesempurnaan' dalam beragama, sehingga ketidaksempurnaan tidak mempunyai ruang untuk dibincangkan mengenainya. Agama kita beransur-ansur menjadi tidak manusiawi dan ia memudahkan merebaknya kemunafikan dan penyakit jiwa kesan saling menghentam ketidaksempurnaan itu. Sedangkan kita semua manusia. Seorang anak muda dari Kufah mempersoalkan 'standard' para sahabat yang Huzaifah bin al-Yaman r.a. ungkap tanpa 'wow factor'. "Kalaulah kami berada di tempat kamu, berpeluang berjumpa Nabi ﷺ , nescaya kami tidak akan biarkan baginda berjalan di tanah (mengotorkan kakinya yang mulia). Kami akan junjung baginda di leher kami!" Huzaifah r.a. menyantuni semangat anak muda ini dan membuka kisah yang terjadi di dalam perang Khandaq (lihat perincian kisah itu di sini, atau tonton video ini untuk terjemahannya). Para sahabat tidak ada seorang pun yang bangun menyahut tawaran Syurga, tawaran keselamatan, tawaran menjadi sahabat akrab Nabi ﷺ di Syurga, dek sebab-sebab yang sangat manusiawi. Sehinggalah baginda secara spesifik menyebut nama Huzaifah, lantas beliau tiada pilihan kecuali bangun dan menunaikan perintah berkenaan. Perasaan adalah sebahagian kemanusiaan kita. Al-Quran, al-Sunnah dan Sirah kaya dengan panduan Allah swt untuk kita uruskan kemanusiaan ini. Agama bukan mengikut perasaan, tetapi agama juga tidak menganiaya dan mengkesampingkan perasaan. Perang itu sendiri diungkap oleh Allah swt sebagai satu kewajipan yang kita tidak suka. Kemudian diingatkan bahawa kebaikan di sisi Allah boleh berada di dalam perkara yang kita tidak suka, dan kemurkaan-Nya juga boleh berada di dalam perkara yang kita suka. Dunia ini tidak pernah bermaksud menjadi daerah kegembiraan tanpa kedukaan, kebahagiaan tanpa penderitaan. Daerah yang sempurna hanyalah Dar al-Salam, yang harus menjadikan kita kekal berada di jalan menujunya, baik jalan advance, jalan intermediate, mahu pun jalan amatur yang penuh kekurangan. #pedagogiramadan https://pedagogiramadan.hasrizal.com 📌 Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: / hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal