У нас вы можете посмотреть бесплатно PASANGAN SUAMI ISTERI DITAHAN, D4D*H RM3.1 JUTA DISOROK DALAM PAKET KACANG GAJUS или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
PASANGAN SUAMI ISTERI DITAHAN, D4D4H RM3.1 JUTA DISOROK DALAM PAKET KACANG GAJUS Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah menggunakan peket kacang gajus selepas menahan sepasang suami isteri warga tempatan dan merampas pelbagai dadah dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM3.1 juta Jumaat lepas. Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kedua-dua suspek berusia 31 dan 49 tahun itu ditahan pada 4 petang di Jalan Padang Sembilan, Kuala Krai selepas kenderaan jenis Proton X70 yang dinaiki mereka berada dalam keadaan mencurigakan. Beliau berkata pemeriksaan lanjut menemukan 110 bungkusan plastik berisi tumbuhan kering dipercayai bunga ganja seberat 60.8 kilogram (kg), ketulan mampat ganja seberat 6.95 kg serta 150 biji pil yaba. Mohd Yusoff berkata susulan tangkapan itu, polis menyerbu kediaman pasangan terbabit di Selising, Pasir Puteh pada hari yang sama dan menemukan 22 kg ganja mampat bernilai RM775,000. Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari hingga 17 Julai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 Sementara itu, Mohd Yusoff berkata polis tidak menolak kemungkinan sindiket dadah yang ditumpaskan baru-baru ini mempunyai kaitan dengan sindiket dadah antarabangsa, termasuk dalam kes rampasan 35.4 kg pil yaba pada 27 Jun lepas yang didalangi usahawan salun dan pemilik kedai makan.