У нас вы можете посмотреть бесплатно FH Event: 2 Beradik Usahawan Muda tawar Dewan Eksklusif & 'Pakej Perkahwinan' di Penchala Avenue.... или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
FH Event: Dua Beradik Usahawan Muda tawar Dewan Eksklusif & 'Pakej Perkahwinan' di Penchala Avenue, sajikan pengalaman berbeza... Peluang perniagaan tidak mengenal usia, dan inilah yang dibuktikan oleh dua beradik, Fahmi (22) dan Hakim (20), yang kini mengorak langkah dalam dunia perniagaan dengan membuka Penchala Avenue Space di bawah jenama FH Event. Dewan eksklusif ini mampu memuatkan lebih 200 tetamu dalam satu-satu masa dan menawarkan pelbagai pakej untuk majlis perkahwinan, pertunangan, majlis korporat, serta pelbagai acara khas. Apa yang membezakan FH Event dengan penyedia lain ialah peluang untuk pelanggan melihat sendiri lokasi serta mencuba hidangan sebelum membuat tempahan. Menurut Fahmi, mereka yakin bahawa pelanggan akan lebih berpuas hati apabila dapat merasai sendiri makanan yang bakal dihidangkan pada majlis mereka. Menawarkan pelbagai menu daripada masakan Melayu tradisional hingga citarasa Uzbekistan, FH Event menjanjikan kepuasan gastronomi kepada pelanggan mereka. Pakej harga yang fleksibel turut menjadi tarikan utama, bermula dari kadar dibawah RM10,000 sehingga ke pakej premium yang disesuaikan dengan bajet dan kehendak pelanggan. Selain itu, FH Event turut menyediakan kelengkapan lengkap seperti pelamin, meja, kerusi, serta hiasan yang elegan bagi memastikan setiap majlis berlangsung dengan sempurna. Setiap butiran diberikan perhatian bagi memastikan impian pelanggan menjadi kenyataan. Menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba, FH Event juga tidak ketinggalan menawarkan pakej bufet berbuka puasa pada harga yang berpatutan. Ini memberi peluang kepada keluarga dan organisasi untuk menikmati juadah lazat dalam suasana yang selesa dan eksklusif. Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan, FH Event turut menawarkan food testing secara percuma serta diskaun sehingga 5% bagi pakej perkahwinan terpilih. Ini merupakan inisiatif mereka untuk memastikan pelanggan mendapat pengalaman terbaik dalam merancang majlis mereka. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej yang ditawarkan, boleh melayari TikTok dan Instagram FH Event atau terus menghubungi Fahmi di talian 013-888 5383 dan Hakim di 013-478 8315. Dengan keunikan konsep dan perkhidmatan yang mesra pelanggan, FH Event bersedia untuk menjadikan majlis anda satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. "Majlis Anda, Kebanggaan Kami!" #pakejperkahwinan #weddingplanner #bahagia #justmarried #wedding #pakejperkahwinan2025 #akadnikah #dewaneksklusif #fhevent