У нас вы можете посмотреть бесплатно Rafizi Dapat Surat Dari PKR, Azam Baki Semakin Ditekan, Memahami Gen Z & Millenials | YBM #37 или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Episod 37 malam ini memang padat. Kami mulakan dengan hal-hal “beria” dalam kerajaan, daripada perangai prefect politik sampailah kepada obsesi disiplin yang makin lari daripada semangat reformasi. Lepas itu kami masuk kepada isu yang lebih besar. Kenapa jawapan kerajaan dalam isu Azam Baki makin menyempitkan ruang mereka sendiri. Kenapa rang undang-undang pemisahan Peguam Negara dan Pendakwa Raya tak boleh dibuat sekadar cantik pada slogan tetapi kosong pada semak imbang. Dan kenapa jawapan Kementerian Pendidikan tentang waktu pembelajaran STEM sepatutnya lebih membimbangkan ibu bapa daripada melegakan mereka. Kami juga cakap terus tentang surat tunjuk sebab, budaya yes man, dan bagaimana sesebuah parti mula hilang jiwa reformasinya bila pandangan berbeza tidak lagi dianggap sebagai teguran, tetapi ancaman. Dari situ kami pergi kepada pergolakan dalam PN, apa makna pemecatan Hamzah kepada masa depan gabungan itu, dan kenapa PRU akan datang mungkin jauh lebih berserabut daripada yang orang sangka. Akhir sekali, kami kongsi dapatan awal kaji selidik Gen Z dan milenial. Bahagian ini penting, sebab ia tunjuk satu realiti yang ramai pemimpin politik masih tak mahu hadam: semakin ramai pengundi muda tidak rasa dekat dengan mana-mana pilihan yang ada sekarang. Kalau nak faham ke mana arah politik negara sedang bergerak, episod ini memang untuk anda. 00:56 Intro 01:57 Pengerusi BBC Baru Tak Dapat Job Description? 05:07 Fuziah Salleh Sekarang SU Agung DAP? 07:14 Backup Sekarang, Lepas Tak Jadi Lepas Jawatan 09:46 GDP Tak Penting, Janji Kita Bahagia 17:28 Jumlah Jam Pengajaran STEM tak cukup 32:44 Rafizi Dipecat? Apa Nak Jadi 1:07:39 Azam Baki Makin Ditekan 1:20:16 RUU Perlembagaan Pemisahan AG, PP & Two Term Limit PM 1:39:53 Pergolakan Perikatan Nasional Selesai? 1:53:40 Memahami Gen Z dan Millenials