У нас вы можете посмотреть бесплатно Majlis Pelancaran Kempen Tolak Gula 2024 di Jabil Malaysia, Bayan Lepas или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Perasmian Kempen Tolak Gula dengan kerjasama Perkeso Malaysia, Jabatan Kementerian Sumber Manusia, Kerajaan Pulau Pinang, Syarikat Jabil Penang pada 11 Mac 2024 - PERKESO telah melancarkan kempen "Tolak Gula" untuk mengatasi peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan pekerja Malaysia. Gaya hidup tidak sihat, termasuk pengambilan gula berlebihan, diidentifikasi sebagai faktor penyumbang kepada peningkatan NCD di Malaysia. Kempen ini bertujuan untuk mengambil langkah awal seperti menyediakan minuman tanpa gula di tempat kerja. Hasil saringan kesihatan yang dilakukan oleh PERKESO terhadap 175,526 pekerja menunjukkan 59.59% mempunyai kolestrol tinggi, 23.52% menghadapi masalah berat badan berlebihan atau obesiti, 20.45% mengalami tekanan darah tinggi, dan 19.91% menghidap kencing manis. Majlis telah dirasmikan oleh YB Steven Chee Keong, Menteri Sumber Manusia. Menurut beliau, penerapan tabiat ‘Tolak Gula’ dalam kalangan pekerja dapat menghasilkan komuniti pekerja yang menjalani gaya hidup yang sihat, cergas serta memacu pertumbuhan positif produktiviti negara. Selain itu, YB Steven turut menyertai Program Pekerja Sihat dan Selamat di Jabil Malaysia, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Program ini melibatkan usaha untuk mempromosikan keselamatan jalan raya dan keselamatan tempat kerja sejajar dengan inisiatif 'Vision Zero PERKESO', yang bertujuan untuk mencapai sifar kemalangan di tempat kerja dan jalan raya demi kesejahteraan holistik. Program tersebut juga menawarkan saringan kesihatan percuma, advokasi keselamatan, pemeriksaan motosikal, penggantian topi keledar, dan pameran oleh badan kerajaan dan NGO.