У нас вы можете посмотреть бесплатно Misteri Air Di Telaga Mahsuri или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Pulau Langkawi sememangnya terkenal dengan Lagenda Mahsuri. Lagenda yang popular di penghujung abad ke-18. Beliau dikatakan menjadi mangsa fitnah kononnya berkelakuan sumbang sewaktu suaminya pergi berperang. Demikian, sewaktu hari dia dihukum bunuh, Mahsuri telah melafazkan sumpahan, "Wahai Tuhan Yang Maha Kaya. Hamba tidak pernah redha difitnah sebegini rupa. Tunjukkanlah kekuasaanmu sebaik sahaja senjata itu ditusuk ke tubuh badan hamba, jadikanlah darah yang keluar dari tubuh ini berwarna putih sebagai bukti hamba tidak bersalah. Dan jadikanlah pulau ini Padang Jarak Padang Terkukur dan Berpuakalah selama tujuh keturunan..." Selepas keturunan ketujuh Mahsuri berjaya dikesan di Phuket. Langkawi menjadi pulau yang terkenal sebagai destinasi pelancongan. Berbekalkan tapak rumah dan kubur lama yang dipercayai kubur Mahsuri, maka kini Kota Mahsuri telah ditubuhkan. Menjadikan Makam Mahsuri merupakan salah satu tempat yang mesti dilawati jika melancong ke sana. Selain itu, Telaga Mahsuri yang berhadapan dengan rumah Mahsuri juga dipercayai mempunyai beberapa khasiat tertentu seperti untuk merawat penyakit kulit, malah boleh menjadikan seseorang itu awet muda. Selain dipercayai juga, air di dalam telaga tidak pernah kering walau di musim kemarau. Tetapi ternyata, Telaga Mahsuri juga menyimpan satu MISTERI. Sumber Blog : http://lillysuryanimisterius.blogspot...