У нас вы можете посмотреть бесплатно SEPUTAR DI MUZIUM BERUAS или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
#channel20sen Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas tidak dapat dinafikan oleh penyelidik sejarah pada hari ini. Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu kisah dongeng ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan beberapa peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan di negeri Perak khususnya, Beruas. Penubuhan Muzium Beruas ini bertujuan untuk mengumpul dan menyingkap kembali tentang sejarah keagungan kerajaan Gangga Negara dan Beruas, iaitu sebuah kerajaan Melayu tertua di pesisir pantai negeri Perak yang telah wujud seawal abad kedua hingga kelima belas. Kehebatan kedua-dua kerajaan itu telah menarik perhatian beberapa orang pengkaji, dimulai dengan Kol. James Low pada tahun 1840-an. Beliau berpendapat kerajaan Beruas itu memang wujud, namun sukar untuk mempastikan lokasi sebenarnya. Satu abad kemudian, pada tahun 1940, H. G. Quaritch Wales melawat tempat yang sama dan bersependapat dengan James Low. Beliau juga kecewa kerana tiada bahan yang boleh membuktikan keagungan Beruas zaman silam. Misteri itu mungkin dapat dijawab andainya satu kerja carigali yang menyeluruh dijalankan. Selepas beliau, Beruas tidak disebut-sebut lagi sehinggalah pada tahun 1986. Isu lama Beruas muncul kembali berikutan dengan penemuan artifak-artifak dan disiarkan dalam akhbar tempatan. Artifak abad ke-5 dan ke-6 Masihi yang dijumpai di Beruas menunjukkan kewujudan kerajaan Gangga Negara ini. Isu lama seperti lokasi sebenarnya kerajaan Gangga Negara dan Beruas serta kehebatan kedua-dua kerajaan tersebut masih belum terjawab. Pada tahun 1986 timbul satu isu, Beruas dikatakan tempat pertama didatangi Islam di rantau ini. Isu ini timbul dari dakwaan masyarakat setempat yang mengatakan sebuah batu bersurat telah dijumpai di persekitaran pekan Beruas. Minat terhadap kewujudan kerajaan Beruas terus hidup. Sekumpulan penyelidik dari Muzium Negara, Kerajaan Negeri Perak dan Universiti Kebangsaan Malaysia telah membuat kajian tentang kewujudan Kerajaan Gangga Negara. Muzium ini memaparkan segala maklumat yang dikumpul dan dikaji dalam bentuk bahan sebenar, peta-peta ilustrasi dan nota-nota mengenai kegemilangan kerajaan Beruas.