У нас вы можете посмотреть бесплатно PMX Lancar Misi 30 Kontena Bantuan Malaysia ke Gaza Untuk 100,000 Rakyat Palestin или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
PELANCARAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN 30 KONTENA MALAYSIA KE GAZA 1 MAC 2026 | KOMPLEKS SERI PERDANA Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Pelancaran Misi Bantuan Kemanusiaan 30 Kontena Malaysia ke Gaza yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Majlis Berbuka Puasa Pemimpin Masyarakat Tempatan di Kompleks Seri Perdana pada 1 Mac 2026. Misi berskala nasional ini diterajui oleh MAPIM Malaysia bersama Sumud Nusantara dengan dukungan penuh Kerajaan Malaysia, sebagai manifestasi komitmen berterusan negara dalam membela nasib rakyat Palestin. Sebanyak 30 kontena bersaiz besar dengan jumlah keseluruhan 374 tan bantuan akan digerakkan, merangkumi 14 kontena kotak makanan, lapan kontena tepung serta lapan kontena kit kebersihan. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 100,000 rakyat Palestin di Gaza yang terus berdepan krisis kemanusiaan. Walaupun berdepan cabaran termasuk penutupan ruang udara antarabangsa dan sempadan Rafah, Malaysia kekal tegas mempertahankan prinsip kemanusiaan sejagat dan tidak akan berdiam diri melihat penderitaan rakyat awam. Misi ini akan dilaksanakan secara berfasa dengan penghantaran Pasukan Awal Misi ke Kaherah, Mesir dijadualkan dalam masa terdekat sebagai langkah penyelarasan logistik dan koordinasi bantuan. MAPIM merakamkan penghargaan atas sokongan padu Kerajaan Malaysia serta semua pihak yang bersama menjayakan misi ini. Ini bukan sekadar penghantaran bantuan, tetapi simbol solidariti rakyat Malaysia yang melangkaui kaum, agama dan latar belakang politik. Malaysia akan terus berdiri teguh bersama Palestin, bukan hanya dengan kata-kata, tetapi melalui tindakan yang nyata dan berterusan. #MAPIMMalaysia #SumudNusantara #MisiKemanusiaan #SolidaritiUntukGaza #FreePalestine _________________ Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berperanan sebagai platform perundingan dan koordinasi untuk pertubuhan Islam di Malaysia. MAPIM bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara pertubuhan-pertubuhan Islam di negara ini, serta menyumbang kepada pembangunan umat Islam dalam pelbagai bidang. MAPIM juga aktif dalam menyuarakan isu-isu berkaitan umat Islam, termasuk hak asasi manusia, keadilan sosial, dan isu-isu global yang melibatkan umat Islam. Ikuti perkembangan semasa MAPIM dan gerak kerja domestik serta antarabangsa,menerusi telegram rasmi MAPIM MALAYSIA di pautan https://t.me/MapimMalaysia atau layari laman web rasmi MAPIM www.mapim.org www.mapim.org www.mapim.org