У нас вы можете посмотреть бесплатно HOTEL REVIEW SWISS GARDEN HOTEL BUKIT BINTANG KUALA LUMPUR | HOTEL TERBAIK DI KUALA LUMPUR или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Assalamualaikum, hari ni abang nak kongsikan sebuah video review hotel iaitu Swiss Garden Hotel di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Lokasi Swiss Garden ni berada di tengah-tengah Bandar Raya Kuala Lumpur menyebabkan harga nya agak mahal juga. Tapi berbaloi ke stay kat hotel ni ?? Jom kita tengok review hotel ni. Lokasi Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur https://goo.gl/maps/eU3tn9HtARrqEKox8 Lawati juga blog Addashuk untuk lebih artikel-artikel yang menarik https://www.addashuk.com Swiss Garden Hotel ni terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur antara hab hiburan Bukit Bintang dan Chinatown yang berwarna-warni, Swiss Garden Hotel menawarkan pilihan tempat makan, kolam renang luaran dan pusat kecergasan. Swiss Garden Hotel Bukit Bintang, Kuala Lumpur terletak 2.4km dari Chinatown dan 500 meter dari stesen Monorel Imbi. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah berjarak 29 km dari tempat penginapan ini. Garden Terrace menawarkan pelbagai pilihan perisa tempatan dan hidangan antarabangsa. Para tetamu boleh berenang di kolam renang. Kakitangan di kaunter penerimaan tetamu 24 jam boleh membantu anda dengan urusan lawatan dan penyewaan kereta. Kemudahan lain di lokasi termasuk penukaran mata wang, perkhidmatan dobi dan surau. WiFi percuma boleh diakses di seluruh kawasan penginapan. Dihiasi dalam warna-warna hangat dengan reka bentuk kontemporari, setiap bilik dilengkapi dengan TV skrin rata dan bar mini. Bilik mandi menyediakan pancuran mandian berdiri, pengering rambut dan peralatan mandian percuma. Kemudahan menyeterika disediakan atas permintaan. Hotel ini menawarkan kepada pelanggan dan percutian pengalaman yang indah, dengan bilik yang selesa dilengkapi dengan kemudahan moden untuk suasana yang terbaik. Setakat ini sahaja video Hotel Review Swiss Garden Hotel Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Diharapkan penonton mendapat informasi dan pengalaman yang berguna untuk perancangan percutian anda. Jangan lupa subscribe addashuk channel untuk lebih video-video menarik dan jangan lupa aktifkan loceng untuk tidak ketinggalan video-video yang akan datang. Terima kasih kerana menonton.